Nak mula bina personal branding di TikTok tapi tak tahu nak mula dari mana?
Ramai yang terus fikir pasal views dan viral — padahal asas pun belum betul lagi.
Nah, Mami kongsikan 5 perkara penting yang semua newbie TikTok kena tahu kalau nak naik secara sihat dan beradab 💫
✨1. Guna Profile Picture Muka Sendiri, Bukan Gambar Kucing 😆
Kalau betul-betul nak bina trust, gunakan gambar muka sendiri sebagai profile picture. Orang lebih senang kenal, lebih mudah percaya.
Gambar kucing comel, basikal, anime tu… simpan untuk akaun lain ya.
Akaun branding mesti tunjuk identiti diri.
✨2. Pilih Nama Yang Mudah Ingat
Kalau nama susah, siapa nak ingat?
Gunakan nama yang pendek, jelas, dan mudah dicari.
Contoh: @maminorita – senang orang cari dan ingat!
✨3. Pastikan Akaun TikTok Anda PUBLIC
Tolong jangan private akaun kalau nak grow.
Kalau akaun private, macam mana orang yang belum follow nak tengok video kita?
TikTok ni algoritma dia bantu paparkan video kita ke FYP (For You Page). Tapi kalau private, memang orang luar takkan nampak!
✨4. Support Konten di FYP Dengan Teknik 4R
Kalau nak naik cepat, bukan setakat post video je… tapi kena jadi penyokong konten orang lain juga.
Ini teknik yang Mami panggil 4R – sangat power kalau diamalkan setiap hari!
Apa itu 4R?
✅ Tengok video sampai habis
✅ Like video tu
✅ Comment – biar yang positif dan membina ❤️
✅ Copy link – 3x, 5x, 10x pun boleh. Lagi banyak, lagi bagus!
Ini akan bantu naikkan reach video tu, dan dalam masa sama algoritma akan perasan keaktifan kita.
✨5. Elakkan Konten 4L – Jangan Kejar Views Sampai Lupa Nilai
Nak naik cepat pun, kena jaga adab dan maruah.
Elakkan buat konten 4L ni:
❌ Lucah
❌ Lacur
❌ Lagha (sia-sia)
❌ LGBT
Ingat ya, rezeki dari Allah datang dengan cara yang halal dan beradab. Kita boleh naik dengan cara yang bersih dan berkat!
Kalau anda betul-betul nak mula bina nama dan personal branding di TikTok, mulakan dengan asas yang betul.
Dan jangan lupa follow Mami untuk lebih banyak tips eksklusif 💄📲
Jumpa di FYP, insyaAllah! ✨
Ulasan