Ramai orang bila nak mula berniaga, perkara pertama yang mereka fikirkan ialah nak jual produk apa . Tapi ramai yang terlepas pandang satu perkara penting — iaitu berapa keuntungan runcit yang boleh dapat dari setiap jualan . Sebenarnya, margin keuntungan ini sangat besar kesannya kepada perjalanan bisnes kita. 1. Produk dengan keuntungan runcit 10% - 20% Contohnya kita jual produk harga RM50 , tapi untung runcit hanya 10% (RM5) . Untuk dapatkan RM1,000 untung bersih , kita perlu jual: 👉 RM1,000 ÷ RM5 = 200 unit Bayangkan, penat yang sama — promosi, melayan pelanggan, pos barang — tapi hasil yang kita dapat kecil. Kalau untung 20% (RM10 per unit), kita masih perlu jual 100 unit untuk capai RM1,000. 2. Produk dengan keuntungan runcit 30% - 50% Sekarang kita lihat produk dengan untung lebih besar. Contoh produk harga RM50 , tapi untung runcit 4 0% (RM20) . Untuk dapatkan RM1,000 untung bersih , kita cuma perlu jual: 👉 RM1,000 ÷ RM20 = 50 unit sahaja Nampak tak bezanya? ...
Perunding Kecantikan Wanita Muslimah