Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Tips Perkahwinan

🌟 Kelebihan Anak Nombor Dua Yang Ramai Tak Sedar

Dalam susunan adik-beradik, anak nombor dua selalunya berada di tengah-tengah. Bukan yang sulung, bukan juga si bongsu. Tapi tahukah anda, anak kedua sebenarnya ada banyak kelebihan yang unik dan luar biasa? Jom kita selami keistimewaan anak nombor dua yang sering disalah anggap ‘biasa-biasa’, tapi sebenarnya luar biasa! 1. Pendamai Semula Jadi Anak kedua memang terkenal sebagai ‘orang tengah’ dalam keluarga. Mereka sering jadi penghubung antara si sulung dan adik. Sebab itu, mereka mahir berkomunikasi, bijak menenangkan keadaan dan sangat pandai beralah bila perlu. 2. Mempunyai Empati Yang Tinggi Sifat anak nombor dua yang sentiasa perlu memahami abang/kakak dan adik membuatkan mereka sangat peka terhadap emosi orang lain. Mereka boleh rasa bila seseorang itu sedang sedih, marah atau perlukan sokongan — tanpa perlu diberitahu. 3. Fleksibel dan Mudah Menyesuaikan Diri Sudah terbiasa ikut rentak abang/kakak dan adik, menjadikan anak kedua ini sangat fleksibel. Mereka boleh b...

🌸 Erti Sebuah Pernikahan

Pernikahan bukan sekadar menghalalkan hubungan antara lelaki dan perempuan. Ia lebih dari itu. Pernikahan adalah tentang menyatukan dua jasad menjadi satu jiwa. Satu hati, satu langkah, satu arah tujuan — menuju redha Allah SWT. Dalam pernikahan, tiada lagi rahsia. Segalanya dikongsi, bukan hanya tempat tidur dan rezeki — tapi juga rasa, suka duka, impian dan air mata. Kerana dalam pernikahan, tiada istilah “hidup aku, hidup kau.” Yang ada hanyalah "kita". Kita jaga rumahtangga bersama. Kita bangunkan anak-anak bersama. Kita menangis dan ketawa bersama. 🌿 Kita saling percaya, saling mencintai dan saling bertanggungjawab. Kerana kita bukan sekadar pasangan, tapi teman perjalanan ke syurga. Tatkala seorang lelaki memegang tangan wali dan mengucap akad, Maka dia telah menerima amanah besar dari Allah. Untuk menjaga, memimpin, membimbing dan mencintai wanita yang telah diserahkan kepadanya. Dan si isteri pula, menyerahkan dirinya sepenuh hati, dengan harapan b...

5 Perkara Wajib Suami Sediakan Kepada Isteri – Nafkah Yang Ramai Terlepas Pandang

Ramai suami isteri hari ini kurang jelas tentang tanggungjawab sebenar suami terhadap isteri dari sudut nafkah. Isu nafkah bukan sekadar tentang duit poket, tetapi merangkumi aspek kehidupan harian isteri yang perlu dijaga oleh seorang suami. Menurut petikan kuliah Ustaz Fawwaz, ada 5 perkara utama yang perlu suami sediakan kepada isteri sebagai nafkah asas : 1️⃣ Makan dan Minum Isteri Termasuklah duit belanja peribadi isteri. Menurut garis panduan dari Lembaga Zakat, potongan nafkah isteri yang dibenarkan ialah RM3,000 setahun – bersamaan lebih kurang RM250 sebulan . Ini belum termasuk duit belanja dapur seperti bahan mentah, lauk-pauk, beras, dan barang keperluan harian. Nota: Jumlah ini boleh berubah ikut kemampuan dan ehsan suami. 2️⃣ Peralatan Mandian Sabun, shampoo, ubat gigi, tuala wanita dan semua keperluan asas kebersihan diri isteri. Walaupun nampak kecil, ini tetap termasuk dalam tanggungjawab suami. 3️⃣ Ubat-Ubatan & Rawatan Kesihatan Jika isteri sakit atau ...

5 Kesilapan UTAMA Yang Sering Menggagalkan Setiap Hubungan Cinta

 Inilah 5 Kesilapan UTAMA Yang Sering Menggagalkan Setiap Hubungan Cinta Anda Untuk Berakhir Ke Jinjang Perkahwinan! Sudah menjadi impian setiap pasangan yang bercinta untuk mengikat hubungan mereka secara sah melalui ikatan perkahwinan.. Tapi malangnya tak semua impian cinta mampu menuju ke ikatan suci ini.. Jika sekali atau dua kali berlaku pada anda.. Ianya mungkin perkara biasa dan ia masih mampu buatkan anda fikir positif serta mampu berikan harapan kepada diri anda untuk cuba cari jodoh sekali lagi.. Tapi kalau dah berkali-kali terjadi, ia membuatkan hati anda rasa jemu, muak dan malas untuk membina sebuah perhubungan cinta yang serius.. Tapi usia makin bertambah dan rakan-rakan sebaya semuanya telah selamat menjadi isteri kepada pasangan masing-masing.. Yang paling sadis lagi bila anda terima berita bekas kekasih anda telah pun bernikah dengan pilihan hatinya walaupun baru sahaja berkenalan.. Ia pasti sangat menyakitkan! Kenapa ya masalah ini berlaku kepada anda tanpa henti ...

Kecewa dengan sikap lelaki yang suka memburukkan isteri sendiri..

Bukankah isteri itu amanah seorang suami..? Ketika perempuan itu masih gadis, tanggungjawab mendidik adalah tanggungjawab seorang bapa. Ketika gadis itu sudah berkahwin, tanggungjawab sudah bertukar kepada suami.. Apabila suami memburukkan isteri sendiri, samalah dia memburukkan dirinya sendiri..  ------ Hati wanita tidak boleh kosong dari ilmu agama.. apabila ia kosong, maka syaitan akan memenuhi hati itu..

Suami Hilang SABAR isteri asyik MEMBEBEL...

***** Seorang lelaki tanya saya: "Ustaz, saya ada masalah rumahtangga yang besar. Isteri saya tidak bekerja. Lepas tu telinga saya ni dah tak tahan. 24 jam dia membebel. Asyik marah anak jer kerjanya..Anak 4 orang.Saya pun di marahnya. Saya dah hilang sabar. Lepas tu asyik tanya yang bukan- bukan. Duit bagi asyik habis. Dia tak membantu saya ustaz. Saya sayang dia. Tapi sekarang saya tidak bahagia. Macam mana nak bahagia ustaz kalau asyik stress macam ni? Tolong saya ustaz. Saya dah tak tahan sangat.." Betul abang nak tahu cara nak bahagia? Tanya saya.. Yer ustaz.. Bahagia ini Allah yang beri. Dia beri bahagia ke dalam hati bersyukur. Syukur ialah bahagia. Syukur dengan kurniaan Allah buat hati kita tenang.. Orang yang benar bahagia dari hati yang berterima kasih pada Allah.. Saya beri dia sehelai kertas. Cuba saudara tulis kebaikan isteri..dia kata entahlah ustaz..susahlah macam tiada jer.. Baik, saya sebut kebaikan isteri saya pada saudara. Dia belajar tinggi-tinggi sampai ...

Kewajipan seorang suami:

Kewajipan seorang suami: + pertama ialah membayar mahar dengan sempurna.  + kedua, memberi nafkah zahir dan batin, Rasulullah bersabda: "Takutlah kepada Allah dalam memperlakukan wanita, kerana kamu mengambil mereka dengan Amanat Allah dan kamu halalkan kemaluan mereka dengan kalimah Allah dan kewajipan kamu adalah memberi nafkah dan pakaian kepada mereka dengan baik." + ketiga, suami wajib memberi perlindungan kepada isterinya. Bermaksud diq haruslah memberi tempat berlindung yang selesa mengikut kemampuan dirinya. + keempat, mempergauli isteri dengan baik. Allah berfirman,  " Dan pergaulilah mereka dengan cara yang baik." (An-Nisa:19) Rasulullah SAW bersabda,  "Orang mukmin yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaknya; dan sebaik-baik kalian adalah yang paling baik terhadap isterinya," Riwayat (Tirmidzi) . ------- Buat Wanita Sahaja ------- + Mahu belajar teknik menjaga wajah, mengurut wajah agar tetap awet muda? + Mahu tahu apa yang me...

Apabila berlaku perselisihan faham antara suami isteri, ingatlah perkara ini

Apabila berlaku perselisihan faham antara suami isteri, ingatlah perkara ini : . 1. Dia jodoh yang ditakdirkan untuk kita. Terimalah dengan hati yang terbuka. Usah menyesal dengan takdir. 2. Allah menguji kita melalui dia. Ujian Allah pasti baik, yakni samada pengampunan dosa atau pengurniaan pahala. 3. Sedarlah bahawa ada pihak ketiga yakni syaitan yang sedang menghasut dalam hati kita dan dia. Hakikatnya, syaitan itulah lawan kita, bukan pasangan kita. 4. Ingatlah kebaikan dan kelebihan pasangan kita lebih banyak berbanding keburukan dan kelemahannya. 5. Jadilah orang pertama memulakan langkah kearah pembaikan kerana Allah sesungguhnya cinta kepada orang yang dahulu berbuat baik. Meminta maaf, mengakui kesilapan dan kekhilafan diri bukan bererti kalah tetapi itulah kemenangan besar disisi Allah.