Apabila berlaku perselisihan faham antara suami isteri, ingatlah perkara ini :
.
1. Dia jodoh yang ditakdirkan untuk kita. Terimalah dengan hati yang terbuka. Usah menyesal dengan takdir.
2. Allah menguji kita melalui dia. Ujian Allah pasti baik, yakni samada pengampunan dosa atau pengurniaan pahala.
3. Sedarlah bahawa ada pihak ketiga yakni syaitan yang sedang menghasut dalam hati kita dan dia. Hakikatnya, syaitan itulah lawan kita, bukan pasangan kita.
4. Ingatlah kebaikan dan kelebihan pasangan kita lebih banyak berbanding keburukan dan kelemahannya.
5. Jadilah orang pertama memulakan langkah kearah pembaikan kerana Allah sesungguhnya cinta kepada orang yang dahulu berbuat baik. Meminta maaf, mengakui kesilapan dan kekhilafan diri bukan bererti kalah tetapi itulah kemenangan besar disisi Allah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan