Pernah seseorang berbangsa cina bagitahu saya bahawa saya boleh jadi Pengacara.. cuma saya perlu diasah untuk menjadi pengacara...
Saya antara percaya dengan tidak sahaja dengan kata-kata beliau...
Tetapi Alhamdulillah.. kini bersama Nurraysa sudah 3 kali diberi tanggungjawab mengendalikan Seminar dari awal hingga akhir....
Saya seorang yang pemalu dan tidak banyak cakap tetapi bila jadi pengacara.. Saya bagai mendapat diri saya... Saya seronok bila dapat melihat wajah-wajah ceria orang lain...
=====
Hidup ini seperti sebuah perjalanan... Kita tidak tahu apa yang bakal berlaku dihadapan kita...
Namun kita tetap perlu laluinya... Dari situ kita sedar bahawa Allah merencanakan yang terbaik untuk kita...
Biar apa orang cakap kata... Kita tetap perlu teruskan perjalanan kita sampai ke destinasi... Kita tidak akan mampu puaskan hati semua orang... Namun kita mampu menggembirakan diri kita, automatik orang-orang disekeliling kita akan turut akan rasa gembira sama...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan