Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Motivasi

Saya Dah Cuba… Gagal Lagi…

Pernah tak rasa macam ni bila buat bisnes? Dah cuba promosi produk, tapi takde yang beli. Cuba lagi, still gagal. Sampai satu tahap, rasa nak give up. Rasa macam dah tak nampak jalan, macam dah tak boleh buat apa dah. Percaya tak, itu normal dalam setiap bisnes. Dalam bisnes Farmasi, bukan semua orang akan terus nampak peluang yang kita tawarkan. Tapi setiap kegagalan itu ada hikmahnya: Kita belajar cara komunikasi yang lebih baik Kita belajar untuk lebih sabar dengan prospek Kita belajar strategi yang lebih tepat untuk tarik pelanggan dan team Saya selalu ingatkan diri: gagal bukan bermakna gagal selamanya. Setiap kali kita buat live, mesej prospek, atau ajak orang join team Farmasi, kita sebenarnya sedang tanam benih. Kadang benih itu tak bercambah hari ini, tapi esok, lusa, pasti ada hasilnya. Rahsianya? Jangan berhenti. Jangan cepat give up. Setiap usaha yang kita buat dalam bisnes Farmasi, walau kecil, tetap ada nilai. Walau belum nampak hasilnya, yakinlah Allah s...

Bila Leader Yang Demotivated

Kalau orang yang paling kuat dalam team pun dah mula lemah, siapa lagi yang nak gerakkan semangat team? Ramai orang bercakap tentang team yang hilang semangat . Tapi jarang kita nak sentuh isu yang lebih senyap, tapi sebenarnya jauh lebih kritikal – 👉 Bila leader sendiri yang hilang semangat. Bila orang yang sepatutnya jadi inspirasi, mula rasa lost. Penat. Give up. Saya sendiri pernah rasa. Dan saya juga pernah jumpa ramai leader yang diam-diam tengah fight untuk survive emosi sendiri. 1. Bila Leader Penat Tapi Tak Boleh Nak Break Kerja tak pernah habis. Team tanya itu ini. HQ nak result cepat. Family pun perlukan perhatian. Leader jadi stuck. Nak berehat rasa bersalah, tapi teruskan pun makin tak bermaya. Lama-lama, jiwa mula kosong. 2. Bila Leader Rasa Tak Dihargai Selalu backup team. Tapi bila dia down, jarang ada yang tanya: “Kak okay ke? Kak perlukan apa-apa?” Bila team perform, team yang dipuji. Bila team gagal, leader yang dipersalahkan. Perlahan-lahan hati le...

Cara Menetapkan Matlamat dalam Bisnes Farmasi

Tetapkan Niat yang Betul Mulakan dengan niat kenapa anda mahu berjaya dalam Farmasi. Adakah untuk bantu keluarga? Nak capai kebebasan kewangan? Nak bawa suami/isteri ikut Golden Trip? Bila niat jelas, ia jadi sumber tenaga bila rasa malas atau nak putus asa. ➡ Contoh Farmasi: “Aku nak fight untuk qualified Golden Trip Turki 2026 supaya boleh hadiahkan pengalaman indah buat pasangan.” Gunakan Kaedah SMART Pastikan matlamat jelas, bukan sekadar “aku nak berjaya”. Specific (Spesifik) – nyatakan apa yang nak dicapai. Measurable (Boleh diukur) – ada nombor atau sasaran. Achievable (Boleh dicapai) – realistik ikut kemampuan. Relevant (Relevan) – berkait dengan perjalanan Farmasi. Time-bound (Tempoh masa) – ada tarikh bila ia mesti dicapai. ➡ Contoh Farmasi: “Saya nak capai 1000pv dengan jualan RM10,000 bulan ini dengan fokus pada 3 produk utama: deodorant, massage gel dan sunscreen.” Pecahkan Kepada Matlamat Kecil (Mini Goal) Besar memang n...

4 Golongan Manusia – Di Mana Kita?

Dalam kehidupan ini, manusia boleh dibahagikan kepada empat golongan berdasarkan ilmu dan harta yang mereka miliki. Mengetahui di mana kedudukan kita sangat penting, supaya kita dapat memperbaiki diri dan mengatur langkah menuju kejayaan dunia dan akhirat. 1. Orang yang berilmu dan berharta Inilah golongan yang paling istimewa. Mereka memiliki kekayaan ilmu dan rezeki yang melimpah, namun tidak hanyut dengan nikmat dunia. Segala harta yang dimiliki digunakan untuk membantu orang lain, menyebarkan kebaikan, dan menegakkan syiar Allah. Mereka sedar, harta hanyalah pinjaman, dan sebaik-baik harta adalah yang disalurkan ke jalan yang diredai-Nya. 2. Orang yang berilmu tetapi tidak berharta Walaupun hidupnya sederhana, hatinya penuh cita-cita. Dia menyimpan tekad, “Andai aku punya harta, pasti aku akan gunakannya untuk kebaikan.” Niat yang ikhlas ini membuatkan pahalanya sama seperti orang yang benar-benar berharta. Inilah bukti bahawa dalam Islam, niat yang tulus pun punya nilai besar ...

Bangkit Semula dengan Farmasi: Kisah Benar 3 Wanita Hebat

Pagi ini saya hadir ke kelas bersama #AeshGroup Farmasi . Suasana pagi yang tenang bertukar menjadi satu ruang penuh semangat bila 3 wanita hebat ini mula berkongsi kisah mereka. Mereka adalah Puan Syazwani Hamid , Puan Faziana Zakaria dan Puan Norhayati Ishak — tiga orang Bronze Director yang kini menjadi inspirasi ramai. Tetapi, ramai tak tahu… sebelum mereka berdiri gagah seperti hari ini, mereka pernah melalui saat-saat yang sangat gelap dalam hidup dan bisnes mereka. Kisah di Sebalik Kejayaan Dulu, mereka pernah menjadi leader hebat dalam bisnes saya sebelum ini. Nama mereka dikenali, kejayaan mereka dihormati. Tetapi hidup ini bukan selalu indah… Satu demi satu ujian datang: Fasa kejatuhan yang membuatkan keyakinan diri hampir hilang Fasa depresi bila rasa seperti tak mampu nak teruskan Fasa hilang semangat kerana tiada sokongan Fasa kehilangan team yang dulu jadi tulang belakang kejayaan Fasa bisnes permainan harga yang mematahkan motivasi Jika ...

Berniaga Dengan Hati Gembira – Rahsia Kejayaan Team Farmasi Mami

Alhamdulillah… pagi ini bermula dengan penuh syukur. Mami baru sahaja selesai mengendalikan kelas pagi di dalam group WhatsApp bersama team Farmasi. Setiap pagi, mami akan kongsikan ilmu baru dan strategi tindakan yang boleh membantu semua ahli team untuk lebih yakin dan berani melangkah. Mami percaya, bila ilmu bertambah, hasil juga akan berganda . Inilah rahsia yang mami pegang sepanjang membina team Farmasi. Farmasi: Lebih Dari Sekadar Jual Produk Ramai fikir bisnes hanyalah tentang jual barang, dapat untung, habis cerita . Tapi bersama Farmasi, mami belajar bahawa bisnes sebenar adalah membantu orang lain berjaya . 📌 Kami bergerak bersama-sama 📌 Kami saling memberi sokongan 📌 Kami meraikan kejayaan bersama-sama Dulu Pernah Rasa Putus Asa Sebelum bersama Farmasi, mami pernah lalui fasa yang cukup memenatkan: Komisen dipotong tanpa alasan yang jelas Untung terlalu sedikit sampai hilang semangat Tekanan yang meragut kebahagiaan berniaga Rasa letih, kecewa, dan k...

🌸 Pilih Lingkaran yang Membawa Kita ke Hadapan, Bukan Mengundur 🌸

Dalam hidup, kita memang tak boleh memilih siapa keluarga kita. Tapi kita boleh memilih siapa yang kita izinkan berada dalam lingkaran terdekat kita. Orang di sekeliling kita ibarat cermin — mereka boleh jadi penyokong semangat, atau sebaliknya, jadi “brek” yang melambatkan langkah kita. Kalau kita tak sedar, kita mudah terbawa arus negatif sampai hilang fokus pada impian. Sebab tu penting untuk kenal jenis-jenis orang yang sebaiknya kita jaga jarak demi kesihatan mental, masa depan, dan mimpi kita: 1️⃣ Si Tukang Ngomel Tanpa Solusi Asyik salahkan kita, tapi tak pernah beri jalan keluar. Kritikan tanpa solusi hanya buat kita rasa lemah. 2️⃣ Si Tukang Drama Hidupnya macam drama bersiri tanpa henti. Semua masalah dibesar-besarkan sampai kita rasa penat nak ikut. 3️⃣ Tukang Gosip Kalau dia mudah bercerita aib orang pada kita, jangan pelik kalau suatu hari dia bercerita tentang kita pada orang lain. 4️⃣ Penguras Tenaga Jumpa sekejap pun rasa lemas, bukan semangat. Energinya t...

Dari Malas ke Mental Tahan Banting – Jalan Menuju Kejayaan

Ramai orang nak berjaya, tapi tak semua sanggup berdepan prosesnya. Bukan sebab mereka tak mampu… tapi kerana mereka terperangkap dalam “perangkap malas” yang diam-diam merosakkan potensi diri. Kalau kita tak sedar bentuk “malas” ini, kita akan terus berada di tempat yang sama — atau lebih teruk, makin jauh dari impian kita. 7 Jenis “Malas” yang Menahan Anda dari Maju Malas Berfikir (Mental Laziness) Enggan cari penyelesaian, mudah pasrah, dan terima maklumat tanpa analisis. Akibatnya, daya kritis tumpul, otak malas bekerja, dan mudah terpedaya. Malas Belajar (Intellectual Laziness) Cepat berpuas hati dengan ilmu yang ada. Akibatnya, sukar beradaptasi, ketinggalan zaman, dan sukar berinovasi. Malas Bergerak (Physical Laziness) Lebih suka duduk atau baring. Akibatnya, tenaga merosot, kesihatan terjejas, dan fungsi otak menurun. Malas Disiplin (Self-Discipline Laziness) Tidak konsisten dan tiada rutin baik. Akibatnya, hidup tiada struktur, otak hilang ritma produkt...

7 Langkah Membangun Mental Tahan Banting

Hidup ini bukan sentiasa indah. Ada masanya kita diuji sampai rasa tak mampu lagi nak teruskan. Tetapi berita baiknya — ketahanan mental bukan sesuatu yang kita perlu lahir bersama, ia boleh dibina sedikit demi sedikit. Inilah 7 langkah yang boleh membantu anda menjadi lebih kuat dari hari ke hari: 1. Kenali Diri Anda Secara Jujur Langkah pertama untuk jadi kuat ialah kenal siapa diri anda. Apa kekuatan anda? Apa kelemahan anda? Apa yang membuat anda goyah? Bila kita jujur dengan diri, kita akan tahu cara untuk bangkit dan bertahan. 2. Bangunkan Mental “Gagal Bukan Penghujung” Setiap orang berjaya pernah gagal — malah ada yang jatuh berkali-kali. Bezanya, mereka tidak berhenti. Mereka bangkit, belajar, dan cuba lagi. Kegagalan bukan pengakhiran, tapi titik mula yang lebih besar. 3. Kurangkan Mengeluh Mengeluh berlebihan hanya melemahkan mental. Tak salah rasa penat, tapi jangan biarkan itu jadi alasan untuk berhenti. Tukarkan keluhan jadi tindakan, dan kecewa jadi tenaga untuk b...

7 Jenis “Malas” yang Diam-Diam Merosakkan Potensi Diri

Ramai orang ingat malas itu hanya tentang tidak mahu bergerak atau bekerja. Hakikatnya, malas datang dalam pelbagai bentuk, dan ada yang tidak kita sedari sedang melemahkan minda, semangat, dan masa depan kita. Mari kita lihat satu persatu: 1. Malas Berfikir (Mental Laziness) Ciri: Enggan mencari penyelesaian, mudah pasrah, dan menerima maklumat bulat-bulat tanpa analisis. Kesan: Daya kritis dan kreativiti semakin tumpul. Otak tidak terlatih menghadapi cabaran. Mudah terpedaya dengan maklumat palsu atau hoaks. 2. Malas Belajar (Intellectual Laziness) Ciri: Tidak mahu menambah ilmu, cepat berpuas hati dengan pengetahuan sedia ada. Kesan: Terperangkap dalam zon selesa intelektual. Sukar menyesuaikan diri dengan perubahan zaman. Kapasiti otak untuk berkembang semakin menurun. 3. Malas Bergerak (Physical Laziness) Ciri: Suka menangguh aktiviti fizikal, lebih gemar duduk atau berbaring. Kesan: Aliran darah ke otak menurun, mengurangkan fungsi kognitif...

8 Langkah Harian untuk Jadi Versi Terbaik Diri Anda

Kejayaan bukanlah hasil satu malam. Ia terbina daripada tabiat-tabiat kecil yang kita lakukan setiap hari. Kalau anda nak lihat perubahan besar dalam hidup — dan juga dalam bisnes — mulakan dengan langkah-langkah ini: 1. Lakukan Refleksi Diri Setiap Hari Luangkan masa untuk melihat kembali apa yang anda capai dan apa yang belum. Analisis punca kejayaan dan kegagalan, supaya esok anda boleh bertindak dengan lebih bijak. 2. Baca Sekurang-Kurangnya Satu Bab Buku Ilmu adalah bahan bakar kejayaan. Bacalah walaupun sedikit setiap hari, kerana ilmu yang konsisten akan membentuk pemikiran yang hebat. 3. ‘Off’ Telefon Bimbit Selepas Jam 10 Malam Berikan diri anda waktu untuk rehat sebenar. Tidur cukup akan memberi tenaga baru untuk esok yang lebih produktif. 4. Belajar Sesuatu yang Baru Setiap Hari Jangan biarkan otak beku. Cabar diri anda dengan pengetahuan atau kemahiran baru — walaupun nampak kecil, ia tetap menambah nilai diri. 5. Luangkan 30 Minit untuk Menyendiri Waktu sunyi i...

7 Tabiat Kecil yang Diam-Diam ‘Mencuri’ Masa dan Tenaga Anda

Kadang-kadang, kita rasa hidup kita tidak bergerak ke mana-mana. Bukan sebab kita tidak mampu… tapi kerana tanpa sedar, kita terperangkap dengan tabiat kecil yang menghalang kita untuk maju. Mari kita semak satu persatu: 1. Menunda Kerja (Prokrastinasi) "Ah… nanti lah buat." Bunyi biasa, kan? Masalahnya, makin ditunda, makin menimbun, makin berat nak mula. Sedangkan kalau terus buat sekarang, mungkin 5 minit dah siap. 2. Scroll Media Sosial Tanpa Hala Tuju Bangun tidur terus capai telefon dan buka Instagram? Hati-hati. Sedar tak sedar, sejam habis hanya untuk ‘scroll’ tanpa manfaat. Cuba hadkan masa dan gantikan dengan aktiviti yang lebih membina. 3. Terlalu Suka Mengeluh Mengeluh tidak akan mengubah keadaan. Curhat sekali-sekala tak salah, tapi kalau berlarutan, kita sendiri yang terperangkap dalam drama. Fokus pada solusi, bukan masalah. 4. Begadang Tanpa Sebab Munasabah Tidur lewat bukan tanda ‘hustle’. Ia hanya buat badan lesu dan otak lembap esoknya. Disiplink...

💄 Bangkit Selepas Gagal Dalam Bisnes – Di Sini Jalan Baru Bermula

Pernah rasa letih cuba macam-macam bisnes, tapi tak menjadi? Modal dah lebur. Semangat dah habis. Keyakinan diri? Hilang entah ke mana. Kadang tu sampai kita rasa… “Bisnes ni bukan untuk aku agaknya.” Atau… “Orang lain boleh lah berjaya, aku ni asyik gagal je.” Tapi tunggu dulu. Jangan tutup buku hidup awak terlalu awal. 🌷 Gagal Dalam Bisnes Tak Bermakna Gagal Selamanya Sebenarnya, rasa gagal tu biasa. Ramai yang berjaya hari ini pun bermula dari jatuh tersungkur. Yang membezakan mereka ialah mereka berani cuba sekali lagi — dengan strategi dan sistem yang betul. Dan itulah yang kami temui dalam bisnes FARMASi . 💡 Kenapa FARMASi Berbeza? ✅ Produk berkualiti dari Turki, diiktiraf antarabangsa ✅ Kilang sendiri – dari bahan mentah sampai ke packaging ✅ Tidak perlu pegang stok ✅ Sistem sokongan dan training PERCUMA disediakan ✅ Komuniti wanita yang positif dan saling bantu Kami tak jual harapan kosong. Kami bina jalan sebenar untuk wanita bangkit semula – dengan k...

Motivasi Itu Hanya Permulaan, Disiplin Yang Menentukan Kejayaan

Ramai orang suka bercakap tentang motivasi. Kita tonton video inspirasi, baca kata-kata semangat, dan rasa berapi-api sekejap. Tapi hakikatnya? Motivasi itu hanya perasa, bukan ramuan utama kejayaan. 1. Motivasi Itu Sekadar Perangsang, Disiplin Itu Realiti Orang berjaya tidak menunggu mood atau semangat untuk mula. Mereka tetap bergerak, walaupun tidak suka. Mereka faham – kejayaan bukan soal rasa, tetapi tindakan konsisten. 👉 Dalam bisnes Farmasi, kami tak tunggu semangat datang. Kami jalan dulu, hasil akan menyusul. Nak mulakan? Kami akan bimbing. 2. Motivasi Melambatkan, Disiplin Menggerakkan Ramai orang guna alasan "tunggu semangat datang" sebagai alasan yang dibalut dengan kata-kata manis. Sedangkan apa yang benar-benar kita perlukan ialah disiplin yang memaksa diri untuk bertindak – tanpa alasan. 👉 Farmasi bukan bisnes untuk orang yang suka tangguh. Tapi kalau anda sedia bergerak, kami ada sistem & mentor untuk bantu anda disiplin. 3. Motivasi Tak Perna...

💔 Bangkit Selepas Gagal — Luka Bukan Pengakhiran, Tapi Permulaan Baru

Kita pernah jatuh. Pernah cuba sedaya upaya, tapi tak menjadi. Pernah rasa “mungkin ini bukan untuk aku.” Rasa itu perit. Tapi dalam dunia nyata, gagal bukan noktah — ia cuma koma dalam ayat panjang yang belum habis ditulis. Kenapa Kita Perlu Bangkit? Sebab kita bukan dilahirkan untuk terus tersungkur. Bayangkan… kalau setiap orang yang berjaya hari ini berhenti masa mereka gagal dulu — mereka takkan sampai ke tahap sekarang. Bangkit bukan untuk orang tengok. Bangkit adalah bukti kita belum mengaku kalah. Langkah-Langkah Bangkit Dari Kegagalan: ✅ 1. Maafkan Diri Sendiri Tak kira apa yang berlaku — salah keputusan, salah percaturan, salah pilih orang — itu semua pengalaman, bukan hukuman. ✅ 2. Ambil Masa, Tapi Jangan Terlalu Lama Menangis tu tak salah. Tapi jangan biar air mata jadi alasan untuk tak bergerak. ✅ 3. Refleksi & Tulis Pelajaran Apa yang kita belajar dari kegagalan tu? Tuliskan. Supaya kita tak ulang. Supaya kita tahu, kita makin kuat. ✅ 4. Cari M...

Bagaimana Nak Keluar Dari Rasa Diri Gagal

Kadang-kadang dalam hidup, kita rasa macam "aku ni gagal ke?" 📌 Tengok orang lain makin berjaya, kita makin jauh ke belakang. 📌 Apa yang kita cuba tak menjadi. 📌 Pernah buat bisnes, tapi separuh jalan. 📌 Dah usaha, tapi tetap rasa "aku tak cukup bagus." Rasa gagal itu manusiawi. Tapi jangan biar ia mengikat kita. 1. Akui Perasaan Itu – Tapi Jangan Duduk Lama Di Situ Tak salah pun nak rasa sedih, kecewa, atau rasa "aku ni tak berguna." Itu normal. Kita bukan robot. Tapi yang salah bila kita biarkan rasa tu jadi identiti diri. Sedih itu pit stop , bukan destinasi akhir. 2. Ubah Naratif Dalam Diri Kata-kata dalam hati tu sangat berkuasa. Kalau setiap hari ulang "aku ni memang gagal", lama-lama otak kita percaya dan hidup ikut skrip tu. Tukar ayat dalam hati: ✅ Daripada “aku gagal” → “aku sedang belajar.” ✅ Daripada “aku tak boleh” → “aku belum cuba cara lain.” 3. Cari Satu Menang Kecil Hari Ini Bila otak asyik nampak apa ya...

Jangan Takut Untuk Berubah

Kadang kita rasa berat nak mula semula. Takut gagal. Takut pandangan orang. Takut jatuh lagi. Tapi ingat… Yang rugi sebenar bukan mereka yang mencuba dan gagal, tapi mereka yang berputus asa dan terus menjauh dari rahmat Allah. Sedangkan Allah itu Maha Penyayang. Setiap usaha kita, walau kecil, tetap dalam perhatian-Nya. Bangkit. Mulakan semula. Allah tak pernah jemu menunggu hamba-Nya kembali. 🤍

Kalau Nak Berjaya, Kita Sendiri Kena Commit!

Dalam dunia bisnes dan kehidupan… Kejayaan itu tak akan datang bergolek. Kalau kita nak ubah hidup, kita sendiri yang kena mula gerakkan diri. Jangan tunggu orang tarik. Jangan harap orang puji. Dan paling penting — jangan salahkan orang lain bila kita belum berjaya. ➡️ Team tak support? ➡️ Pelanggan belum masuk? ➡️ Keluarga tak faham? Itu semua ujian biasa dalam perjalanan orang berjaya. Yang membezakan antara mereka yang berjaya dan yang kekal di tempat lama hanyalah satu: 👉 Tindakan dengan komitmen tinggi. Just do it! Buat dengan bersungguh-sungguh. Buat dengan disiplin. Buat dengan doa dan tawakal. 💪 Usaha kita hari ini adalah hadiah untuk diri kita esok. #MotivasiUsahawanMuslimah #FarmasiMalaysia #GrowTogether2025 #CommitmentIsKey #JanganPutusAsa Nak sokongan untuk konsisten dan berjaya dalam bisnes halal dari Turki? ➡️ Klik sini dan sertai team yang sama-sama nak naik: 📌 www.wasap.my/60137318746/peluangbisnes

7 Sikap Penting Usahawan Berjaya Dunia & Akhirat

Ramai orang bercakap tentang teknik, strategi dan sistem dalam bisnes. Tapi mereka lupa satu perkara yang paling asas — SIKAP. Tanpa sikap yang betul, sekuat mana pun ilmu dan tools, seorang usahawan tetap akan tumbang di tengah jalan. Nak tahu rahsia usahawan berjaya dunia & akhirat? Berikut adalah 7 sikap penting yang wajib ada dalam diri setiap usahawan: 1️⃣ Sabar Perjalanan bisnes bukan jalan lurus. Ada naik, ada jatuh. Tanpa sabar, kita mudah give up bila diuji. Sabar bukan pasif. Sabar bermakna kita teruskan usaha walau belum nampak hasil. 2️⃣ Yakin Pada Diri Sendiri Kalau kita sendiri tak yakin dengan kemampuan diri, macam mana orang lain nak percaya? Yakin bukan sombong — ia adalah keyakinan bahawa Allah beri kita potensi untuk berjaya. 3️⃣ Tabah Kegagalan bukan penamat. Orang berjaya pernah jatuh berkali-kali, tapi mereka bangkit dengan lebih kuat. Tabah bermaksud mampu bertahan dalam tekanan , dan terus mara walaupun sukar. 4️⃣ Jujur Kejujuran akan...

"Formula Kejayaan: Dari Minda Ke Hasil"

Ramai orang nak berjaya, tapi tak semua tahu proses sebenar kejayaan bermula dari dalam diri. Kejayaan bukan sekadar tentang tindakan fizikal — ia bermula dari cara kita berfikir , apa yang kita percaya , dan apa yang kita pilih untuk lakukan setiap hari. Jom fahamkan langkah-langkah penting ini 👇 1️⃣ Programkan Diri (Mental) Semua bermula dengan apa yang kita percaya dalam minda. Kalau dalam diri masih rasa: ❌ “Aku tak pandai berniaga” ❌ “Bisnes ni susah…” ❌ “Aku bukan macam orang lain…” Maka tindakan dan keputusan kita pun akan terkesan. Reprogram semula minda. Cakap dengan diri: ✅ “Aku boleh belajar.” ✅ “Aku berani mencuba.” ✅ “Setiap usaha ada hasil.” Kejayaan bermula dengan pemikiran yang positif dan terbuka. 2️⃣ Keputusan Minda yang positif akan bawa kita kepada keputusan yang berani. ✅ Keputusan untuk keluar dari zon selesa. ✅ Keputusan untuk buat sesuatu yang orang lain takut buat. ✅ Keputusan untuk terus konsisten walaupun penat. Kejayaan takkan dat...