Dalam hidup, kita memang tak boleh memilih siapa keluarga kita.
Tapi kita boleh memilih siapa yang kita izinkan berada dalam lingkaran terdekat kita.
Orang di sekeliling kita ibarat cermin — mereka boleh jadi penyokong semangat, atau sebaliknya, jadi “brek” yang melambatkan langkah kita.
Kalau kita tak sedar, kita mudah terbawa arus negatif sampai hilang fokus pada impian.
Sebab tu penting untuk kenal jenis-jenis orang yang sebaiknya kita jaga jarak demi kesihatan mental, masa depan, dan mimpi kita:
1️⃣ Si Tukang Ngomel Tanpa Solusi
Asyik salahkan kita, tapi tak pernah beri jalan keluar. Kritikan tanpa solusi hanya buat kita rasa lemah.
2️⃣ Si Tukang Drama
Hidupnya macam drama bersiri tanpa henti. Semua masalah dibesar-besarkan sampai kita rasa penat nak ikut.
3️⃣ Tukang Gosip
Kalau dia mudah bercerita aib orang pada kita, jangan pelik kalau suatu hari dia bercerita tentang kita pada orang lain.
4️⃣ Penguras Tenaga
Jumpa sekejap pun rasa lemas, bukan semangat. Energinya tidak sihat untuk kita.
5️⃣ Teman Musiman
Datang waktu senang, hilang waktu kita susah. Persahabatan sebenar adalah saling menyokong, bukan sehala.
6️⃣ Penyebar Negativiti
Idea dan impian kita dianggap tak realistik. Kalau terus dengar, keyakinan diri akan makin pudar.
7️⃣ Penghalang Impian
Tak percaya pada potensi kita. Selalu suruh berhenti sebelum mula.
💡 Ingat: Kualiti hidup kita bergantung pada siapa yang kita benarkan berada dekat dengan kita. Pilih orang yang membuat kita bertambah baik, bukan yang tarik kita ke belakang.
🌟 Kalau hari ini anda pilih untuk berada dalam circle yang positif, menyokong dan memberi semangat — FARMASi adalah tempatnya.
Di sini, kita bukan sekadar menjual produk, tapi membina komuniti yang saling mengangkat dan sama-sama berjaya.
📩 Klik untuk sertai pasukan saya sekarang, dan bina masa depan yang lebih cerah bersama FARMASi.
Ulasan