Pagi ini saya hadir ke kelas bersama #AeshGroup Farmasi . Suasana pagi yang tenang bertukar menjadi satu ruang penuh semangat bila 3 wanita hebat ini mula berkongsi kisah mereka. Mereka adalah Puan Syazwani Hamid , Puan Faziana Zakaria dan Puan Norhayati Ishak — tiga orang Bronze Director yang kini menjadi inspirasi ramai. Tetapi, ramai tak tahu… sebelum mereka berdiri gagah seperti hari ini, mereka pernah melalui saat-saat yang sangat gelap dalam hidup dan bisnes mereka. Kisah di Sebalik Kejayaan Dulu, mereka pernah menjadi leader hebat dalam bisnes saya sebelum ini. Nama mereka dikenali, kejayaan mereka dihormati. Tetapi hidup ini bukan selalu indah… Satu demi satu ujian datang: Fasa kejatuhan yang membuatkan keyakinan diri hampir hilang Fasa depresi bila rasa seperti tak mampu nak teruskan Fasa hilang semangat kerana tiada sokongan Fasa kehilangan team yang dulu jadi tulang belakang kejayaan Fasa bisnes permainan harga yang mematahkan motivasi Jika ...
Perunding Kecantikan Wanita Muslimah