Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Tips Perniagaan

Cara Menetapkan Matlamat dalam Bisnes Farmasi

Tetapkan Niat yang Betul Mulakan dengan niat kenapa anda mahu berjaya dalam Farmasi. Adakah untuk bantu keluarga? Nak capai kebebasan kewangan? Nak bawa suami/isteri ikut Golden Trip? Bila niat jelas, ia jadi sumber tenaga bila rasa malas atau nak putus asa. ➡ Contoh Farmasi: “Aku nak fight untuk qualified Golden Trip Turki 2026 supaya boleh hadiahkan pengalaman indah buat pasangan.” Gunakan Kaedah SMART Pastikan matlamat jelas, bukan sekadar “aku nak berjaya”. Specific (Spesifik) – nyatakan apa yang nak dicapai. Measurable (Boleh diukur) – ada nombor atau sasaran. Achievable (Boleh dicapai) – realistik ikut kemampuan. Relevant (Relevan) – berkait dengan perjalanan Farmasi. Time-bound (Tempoh masa) – ada tarikh bila ia mesti dicapai. ➡ Contoh Farmasi: “Saya nak capai 1000pv dengan jualan RM10,000 bulan ini dengan fokus pada 3 produk utama: deodorant, massage gel dan sunscreen.” Pecahkan Kepada Matlamat Kecil (Mini Goal) Besar memang n...

Selalu Perbaiki Diri & Perniagaan — Kunci Untuk Naik Level Dalam Hidup

Dalam hidup dan bisnes, kita tak boleh berhenti belajar. Setiap hari adalah ruang untuk kita jadi lebih baik — bukan saja sebagai usahawan, tapi juga sebagai hamba Allah. Kadang kita rasa stuck. Rasa macam kenapa orang lain makin maju, tapi aku masih di sini? Mungkin jawapannya bukan pada nasib, tapi pada usaha kita sendiri yang perlu diperbaiki. Ada 7 langkah penting untuk bantu kita terus perbaiki diri dan perniagaan: 🌟 1. Perbaiki teknik jualan. Bila kita tahu cara yang betul untuk menjual, kita tak rasa malu atau segan. Kita jadi yakin sebab kita faham ‘value’ yang kita bawa. 🗣️ 2. Perbaiki cara bercakap. Bercakap bukan sekadar buka mulut, tapi menyampaikan mesej dengan penuh hikmah dan keyakinan. Kata-kata yang ikhlas lebih menyentuh hati. 📦 3. Tambah ilmu tentang produk. Orang yakin bila kita sendiri yakin. Kena kenal produk luar dalam, baru mudah untuk berkongsi dan jawab sebarang soalan pelanggan. 👂 4. Belajar jadi pendengar yang baik. Kadang kita terlalu fokus n...

Harga Murah Bukan Jaminan Bisnes Maju

Ada satu trend yang makin menjadi-jadi… TT semua barang kalau boleh nak jual RM9.90 , RM10.90 . Bila tengok pesaing jual RM9.90 , dia turunkan lagi jadi RM8.90 . “Biar lingkup asal murah.” Tapi benarkah murah itu sentiasa menang? Realitinya, harga murah tak semestinya buat orang beli. Kalau murah tapi kualiti tak menyakinkan, pelanggan tetap akan ragu-ragu. 👉 Bisnes bukan sekadar harga. Bisnes adalah tentang nilai yang kita beri, pengalaman pelanggan , dan keyakinan yang kita bina. Kalau semua peniaga berlumba jadi paling murah, siapa yang nak jaga standard industri? Siapa yang nak jaga maruah produk? Lama-lama, bisnes sendiri pun tak dapat bertahan. Margin makin kecil, tenaga makin banyak keluar… untung entah ke mana. 💡 Nak bisnes tahan lama? ✔️ Fokus pada branding dan positioning. ✔️ Bina kredibiliti dan cerita produk. ✔️ Beri servis yang luar biasa. ✔️ Educate pelanggan kenapa produk kita worth it , walaupun bukan yang paling murah. Ingat ya… Pe...

Kenapa Rasulullah S.A.W Mendorong Umatnya Untuk Berniaga?

Pernah tak terfikir, kenapa Rasulullah S.A.W sendiri memilih jalan perniagaan, bahkan majoriti para sahabat juga terlibat dalam bisnes? Dalam Islam, berniaga bukan sekadar untuk mencari keuntungan dunia, tapi ia satu ibadah dan jalan tarbiah yang sangat mendalam. Berikut adalah 4 sebab utama kenapa Nabi S.A.W menyuruh kita berniaga : 1. Ukhwah (Menjalin Silaturrahim) Perniagaan membuka ruang untuk kita berinteraksi, bekerjasama dan membina jaringan sesama manusia. Dari situ lahirlah ukhuwah – hubungan yang bukan sekadar kenal nama, tapi saling percaya, bantu dan doakan rezeki sesama kita. 2. Menjadi Dermawan Bila ada rezeki lebih hasil daripada perniagaan, hati lebih mudah terbuka untuk bersedekah. Dalam Islam, tangan yang memberi itu lebih baik daripada tangan yang menerima. Berniaga melatih kita untuk memberi, bukan hanya mengambil. 3. Lebih Bertawakal Berniaga bukan jalan yang statik. Kadang ada untung, kadang ada rugi. Di sinilah kita belajar untuk bergantung sepenuhnya k...

✨ Tips Mudah Menghadapi Rejection Dalam Bisnes ✨

“Bila orang tolak, jangan bawa ke hati. Bawa ke dalam doa & strategi.” Dalam bisnes — REJECTION ITU BIASA. Yang luar biasa tu, bila kita tetap teruskan walaupun ditolak berkali-kali. ✅ 5 Tips Mudah Hadapi Rejection Dalam Bisnes FARMASi: 🧠 Fahami: Mereka Tolak Produk, Bukan Tolak Kita 👉 Jangan ambil hati. Mungkin bukan masa mereka, bukan keperluan mereka sekarang. 👉 Tapi itu bukan penamat — itu proses biasa. ✍️ Tulis Dalam Buku Rezeki: 👉 "Rezeki saya bukan dari si A, tapi mungkin dari si B atau C.” 👉 Dengan menulis, hati jadi lapang. Kita belajar lepaskan & move on. 🤲 Ucap Dalam Hati: “Mungkin ini Allah lindung aku dari pelanggan yang salah.” 👉 Kadang pelanggan yang tolak kita hari ini, akan datang balik esok dengan hati terbuka. 👉 Tapi kalau kita putus asa sekarang, kita tak sempat sampai ke hari esok tu. 📈 Ambil Sebagai Ujian, Bukan Kegagalan 👉 Tanya semula: “Apa saya boleh improve? Ayat? Cara cerita? Atau cara follow up?” 👉 Setiap reje...

Belajar Menerima Rejection: Penolakan Bukan Penamat, Tapi Permulaan Sesuatu Yang Lebih Baik

Setiap orang yang berjaya hari ini… pernah ditolak. Ditolak pelanggan. Ditolak prospek. Ditolak oleh orang yang mereka sangka akan menyokong. Ditolak peluang. Ditolak rezeki yang mereka harap. Tapi yang membezakan antara orang yang berjaya dan yang berputus asa — bukan penolakan itu, tetapi cara mereka menghadapinya . Rejection Itu Ujian, Bukan Kegagalan Bila kita ditolak, rasa kecewa itu normal. Tapi jangan tinggal lama dalam kecewa. Jangan biar satu “tak nak” buat kita hentikan semua usaha. Kadang-kadang Allah tutup satu pintu, bukan sebab kita tak layak… tapi sebab ada pintu lain yang lebih sesuai, lebih besar, lebih sesuai dengan doa kita. Rejection Mengajar Kita 3 Perkara Penting: Kesabaran. Kita belajar untuk sabar dan kuat bila usaha kita belum berhasil. Penambahbaikan. Kita mula lihat kelemahan, dan cari ruang untuk jadi lebih baik — dari segi cara komunikasi, servis atau strategi. Kebergantungan kepada Allah. Kita mula sedar, rezeki itu milik Allah. Man...

💼 5 Cara Jana Pendapatan Dengan Produk FARMASi

Untuk Wanita Yang Mahu Pendapatan Konsisten Dari Rumah Ramai wanita hari ini sibuk urus rumahtangga, anak-anak, tapi dalam masa sama nak ada duit sendiri, kebebasan kewangan dan keyakinan diri. Tapi masalahnya… “Tak reti menjual”, “Tak pandai live”, “Takde modal besar”, dan paling biasa… “Tak tahu nak mula dari mana.” Jangan risau. FARMASi sediakan peluang yang mudah, fleksibel dan selamat , khas untuk wanita moden macam Anda. 🌟 1. Jadi Pengguna Eksklusif & Nikmati Diskaun 30%-50% Langkah pertama paling mudah — daftar sebagai pengguna berdaftar . ✅ Terus dapat diskaun sehingga 50% ✅ Boleh jimat banyak setiap kali beli skincare, makeup, shampoo, ubat gigi, teh, kopi dan banyak lagi ✅ Tak perlu modal besar pun — beli ikut keperluan sahaja 💡 Ramai yang mula jadi pengguna, terus jadi agen sebab dah nampak hasil & kualiti produk. 🛍️ 2. Jual Produk Secara Online Tanpa Pegang Stok Tak perlu simpan stok. FARMASi ada sistem yang bantu: Guna gambar & video...

Perbezaan Salesman dengan Businessman

Kenapa Penting Untuk Upgrade Mindset? Ramai yang mula berniaga dengan semangat tinggi — tapi lama-lama semangat tu hilang, hasil tak nampak, dan akhirnya berhenti. Kenapa jadi begitu? Salah satunya ialah mindset yang masih di tahap “salesman”, bukan businessman. Jom kita lihat apa beza dua ni, supaya kita boleh ubah dan naik ke level lebih tinggi dalam bisnes. 1. 🎯 Fokus Jualan vs Fokus Bangunkan Sistem Salesman: Fokus 100% pada jualan. Hari ni tak jual = hari ni tak ada income. Bila tak dapat close sale, terus rasa gagal. Businessman: Jual juga, tapi dalam masa sama bina sistem — latih team, guna automasi, cipta strategi pemasaran berterusan. ✅ Jualan tetap masuk walaupun tak pegang phone 24 jam. 2. 💡 Kerja Seorang Diri vs Bina Pasukan Salesman: Semua benda nak buat sendiri. Dari cari prospek, closing, pos barang sampai follow up pelanggan. Businessman: Pandai delegasi dan duplikasi . Bina pasukan, ajar orang lain buat apa yang dia buat. Bila team bergerak, income...

🎯 Tindakan Awal Untuk Dapat Sale Dalam Bisnes (Especially Untuk Newbies)

Bagi anda yang baru mula berniaga, terutamanya dalam bisnes produk kecantikan atau kesihatan, ada satu cabaran utama: nak dapatkan jualan pertama. Ramai yang takut nak mula sebab tak yakin, tak pandai jual dan tak tahu nak cakap apa. Tapi ketahuilah — setiap orang berjaya dulu pun bermula dari kosong. Apa yang membezakan adalah mereka berani mulakan dulu , kemudian belajar & improve dari masa ke masa. Jadi, apa tindakan awal yang boleh bantu anda dapat sale, walaupun baru mula? 1. ✅ Pakai & Kenal Produk Dulu Sebelum nak promote, kenal dan cuba dulu produk sendiri. Gunakan pada diri sendiri, anak, mak atau suami. Ambil gambar, rasa kesan, dan tengok apa perubahan yang berlaku. Bila kita dah alami sendiri, kita lebih yakin untuk bercerita. Ini akan buat orang lebih percaya. Contoh: “Saya sendiri dulu kulit kering dan sensitif. Tapi lepas pakai Calendula Moisturizer FARMASi, kulit saya lebih tenang & lembap sepanjang hari.” 2. 🗣 Cerita Secara Konsisten (B...

✅ 5 Tips Mudah Dapatkan Pelanggan (Tanpa Modal Besar)

✨ Tips Mudah Untuk Dapatkan Pelanggan – Gaya Mami Norita ✨ “Pelanggan tak datang sebab kita tunggu... pelanggan datang sebab kita mula gerak.” ✅ 5 Tips Mudah Dapatkan Pelanggan (Tanpa Modal Besar): Gunakan Circle Terdekat Dulu 👉 Cerita dulu pada keluarga, jiran, kawan sekolah, cikgu anak. 👉 Tapi bukan jual terus — cerita pengalaman sendiri guna produk. Rajin Update Status WhatsApp & Facebook 👉 Post hari-hari (tak perlu panjang) 👉 Contoh: “Baru lepas sapu Olive Oil FARMASi lepas mandi... wangi sangat! 🫒❤️” 👉 Orang yang tengok, lama-lama akan tanya. Tunjukkan Wajah + Suara Anda 👉 Buat live pendek atau video bercakap 👉 Pelanggan lebih percaya orang yang mereka nampak & dengar 👉 Tak perlu tunggu cantik, tunggu berani dulu 💪 Konsisten Guna Produk Sendiri 👉 Bila kita guna hari-hari, mudah nak kongsi jujur 👉 Keyakinan kita akan nampak bila bercerita Tanya Soalan, Bukan Terus Jual 👉 Contoh: “Kulit Mami jenis sensitif ke kering ya?” 👉 Bila ki...

“Takut Nak Jumpa Orang?

“Takut Nak Jumpa Orang? Ini 6 Cara Atasi Perasaan Itu & Kembali Yakin” Ramai wanita berbisnes sebenarnya takut nak jumpa orang , walaupun mereka ada impian besar. Ketakutan ini bukan sebab mereka lemah, tapi kerana terlalu banyak perkara bermain dalam fikiran: takut ditolak, takut silap cakap, takut dipandang rendah. Sebagai seorang wanita yang sedang membina bisnes — seperti saya sendiri, Mami Norita — saya juga pernah rasa semua ni. Tapi hari ini saya nak kongsikan 6 cara yang saya sendiri gunakan untuk bina semula keberanian dan mula bercakap dengan penuh yakin, tanpa rasa bersalah atau takut dihukum . ✅ 1. Kenalpasti Apa Yang Sebenarnya Kita Takut Langkah pertama untuk atasi ketakutan ialah kenal pasti puncanya . Kadang-kadang, kita bukan takut dengan orang, tapi: Takut dipandang rendah Takut nampak tak pandai Takut tak tahu nak jawab Takut tak diterima Dengan mengenal pasti punca sebenar, barulah kita boleh betulkan cara fikir dan beri ruang untuk healing...

Hari ini, mari kita bina semula keyakinan diri untuk bercakap dengan prospek baru — bukan dengan ego, tapi dengan ilmu & jiwa yakin.

Ramai yang: Pandai explain dalam WhatsApp, tapi gugup bila bercakap depan orang Ada ilmu, tapi rasa rendah diri bila jumpa prospek yang nampak ‘berduit’ Selalu fikir, “Nanti dia reject aku…” , “Aku tak reti cakap macam leader tu…” Jadi hari ini, mari kita bina semula keyakinan diri untuk bercakap dengan prospek baru — bukan dengan ego, tapi dengan ilmu & jiwa yakin. 🌟 7 Cara Bina Keyakinan Diri Untuk Bercakap Dengan Prospek Baru ✅ 1. Fahami: Prospek Itu Manusia, Bukan Tuhan Ramai takut bercakap dengan prospek sebab rasa mereka ‘hebat’, ‘ada duit’, ‘terlalu bijak’. Tapi hakikatnya, prospek juga: Ada masalah Perlukan penyelesaian Cari seseorang yang mereka boleh percaya Reframe dalam kepala: “Aku bukan nak minta sedekah. Aku nak bantu selesaikan masalah dia.” ✅ 2. Sediakan “Intro Script” Siap-Siap Bukan semua orang pandai bercakap spontan. Jadi siapkan script lembut tapi yakin . Contoh: “Assalamualaikum, saya Mami Norita dari Kota Tinggi… saya...

7 Perkara Yang Boleh Buat Untuk Mereka Yang Percaya Pada Anda

Bila ada orang yang percaya pada kita , itu adalah amanah , bukan sekadar peluang. Percaya = dia buka hati untuk dengar, ikut dan harap sesuatu daripada kita. Jadi kita perlu pikul tanggungjawab itu dengan 7 langkah penuh kasih & strategi. 🌷 7 Perkara Yang Boleh Buat Untuk Mereka Yang Percaya Pada Anda 1. ✅ Bantu Mereka Dapat Hasil (Walau Kecil) Orang percaya sebab mereka harap perubahan. Jangan biarkan mereka lama-lama tanpa hasil. ➤ Bagi quick win – ajar satu teknik mudah yang boleh bagi kesan cepat. Contoh: Cara closing pertama Cara post pertama Ilmu “1 minit sehari” tapi hasilnya terasa 2. ✅ Tunjukkan Bahawa Mereka Dilihat & Dihargai Paling sakit bila dah percaya, tapi kita rasa macam tak wujud. Tindakan: Ucap terima kasih secara personal (voice note atau DM) Tag mereka di konten: “Follower paling awal saya”, “Team pertama yang join” Buat sesi live atau kelas khas untuk yang paling setia 3. ✅ Beritahu Mereka Hal Sebenar Mereka pe...

🔥 7 Strategi Naikkan Trust & Kuasai Wilayah Setempat Untuk Bisnes FARMASi

Ramai usahawan terlepas pandang kuasa wilayah sendiri . Sedangkan, pelanggan pertama yang paling mudah percaya adalah orang sekeliling kita – jiran, rakan sekolah, cikgu anak, kenalan masjid, komuniti taman. Kalau Anda boleh bantu wanita luar negeri, takkan wanita sekampung terlepas, kan? Dalam artikel ini, saya akan kongsikan strategi gaya Mami Norita untuk naikkan trust dan kuasai wilayah setempat – khusus untuk agen & usahawan FARMASi . ✅ 1. Gunakan "Gaya Setempat" Dalam Semua Konten Nak naikkan trust di kawasan sendiri? Tunjuk yang kita dari sini . Contoh gaya konten: “Skincare FARMASi Pilihan Wanita Kota Tinggi” “Produk halal dari Turki kini dah sampai ke Taman Sri Saujana” “Kalau nak makeup wangi & tahan lama untuk kenduri kampung, FARMASi lah jawapannya!” 👉 Bila orang nampak nama tempat mereka disebut, trust naik automatik. ✅ 2. Guna Wajah Sendiri, Bukan Poster Copy Paste Orang kampung, jiran dan kenalan setempat lebih mudah percaya o...

🧕🏻 5 Cara Naikkan Trust Dalam Bisnes

Dalam dunia bisnes hari ini, pelanggan bukan sekadar nak tahu produk apa kita jual , tapi siapa yang menjualnya .  Trust atau kepercayaan adalah mata wang paling mahal dalam dunia digital sekarang. Bila orang percaya, barulah mereka membeli, menyokong, dan kekal bersama kita. Sebagai wanita, ibu, isteri, dan usahawan – trust bukan dibina dalam sehari. Ia dibina setiap hari melalui gaya hidup, perkongsian dan aura kita sendiri. Berikut 5 cara bagaimana Mami Norita sendiri bina kepercayaan pelanggan & team – yang Mami gelarkan sebagai strategi “5K TRUST” : ✅ 1. KONSISTEN MUNCUL – Biar Muka Selalu Nampak! Pelanggan hanya percaya pada orang yang selalu muncul dalam hidup mereka . Tak perlu cantik, tak perlu sempurna, yang penting: konsisten muncul dengan nilai. Tip praktikal: Muncul setiap hari di Facebook/TikTok – sama ada melalui konten pendek, live atau story. Guna wajah sendiri. Wajah kita = jenama kita. Gunakan suara dan gaya yang konsisten: tegas tapi penuh k...

FAHAM. HADAM. BUAT.– Pesanan Kental Untuk Usahawan Yang Serius Nak Berjaya

FAHAM. HADAM. BUAT. – Pesanan Kental Untuk Usahawan Yang Serius Nak Berjaya Bila kita pilih jalan keusahawanan, itu bukan jalan mudah. Ramai orang mula bisnes dengan harapan besar—nak bebas masa, nak bantu suami, nak capai impian. Tapi ramai juga yang berhenti di tengah jalan. Kenapa? Sebab mereka tak faham, hadam, dan buat bersungguh-sungguh. 1. Tiada Siapa Paksa Kita Jadi Usahawan Kadang-kadang mak ayah sendiri pun tak setuju bila kita mula berniaga. Katanya susah, tak tentu arah, tak stabil. Tapi bila hati dah nekad, kita tetap pilih jalan ni. Jadi, bila dah pilih — kena bertahan dan terus melangkah. Jangan buat separuh jalan. Jangan mengalah bila tak ada orang sokong. Kejayaan usahawan bukan bergantung pada siapa sokong kita, tapi bergantung pada sejauh mana kita sanggup bertahan dan terus usaha. 2. Usahawan Bukan Peminta Sedekah Realitinya, dalam bisnes, kita kena berjuang. Bukan harap orang beli sebab kasihan. Jangan tunggu bantuan. Jangan bergantung pada ‘duit simpati...

Apa Itu Network Marketing & Kenapa Ia Jadi Pilihan Ramai Wanita Bijak?

Ramai wanita hari ini mula mencari peluang pendapatan yang fleksibel tetapi masih mampu memberi hasil yang lumayan. Salah satu model bisnes yang semakin mendapat tempat ialah Network Marketing – atau dalam Bahasa Melayu dikenali sebagai Pemasaran Rangkaian . 🌟 Apa Itu Network Marketing? Network Marketing ialah satu model perniagaan di mana produk dijual terus kepada pengguna melalui rangkaian pengedar bebas. Ia bukan semata-mata menjual produk – tetapi membina rangkaian pengguna dan usahawan yang berkongsi produk dan peluang bisnes secara berstruktur. Biasanya, pengedar akan mendapat pendapatan dari dua sumber: Jualan produk secara langsung. Komisen atau bonus dari jualan rangkaian (team) yang mereka bina. 💼 Kenapa Wanita Suka Network Marketing? 1. Modal Rendah, Potensi Besar Berbanding buka kedai fizikal yang perlukan ribuan ringgit, bisnes network marketing boleh dimulakan dengan kos rendah – ada yang boleh mula bawah RM100. 2. Boleh Berniaga Dari Rumah...

“Jual Produk Halal & Sediakan Servis Yang Memudahkan”

  Jual Produk Halal & Sediakan Servis Yang Memudahkan: Rezeki Datang Bersama Pahala Dalam dunia bisnes yang penuh cabaran hari ini, ramai usahawan terlalu fokus pada keuntungan semata-mata. Tapi sebenarnya, kalau kita tengok dari sudut yang lebih besar — bisnes boleh jadi ladang pahala , asalkan asasnya betul. Salah satu amalan yang paling mudah tapi sangat besar nilainya di sisi Allah adalah menjual produk halal dan menyediakan servis yang memudahkan hidup orang lain. 1. Produk Halal Itu Berkat Setiap kali kita menjual produk yang halal, selamat dan bermanfaat , kita bukan saja memberi solusi kepada pelanggan — malah kita membantu mereka untuk hidup dengan lebih tenang dan yakin . Contohnya: Produk penjagaan diri yang bebas bahan terlarang Makanan dan minuman yang sah dari segi syarak Barang keperluan harian yang bersih dan berkualiti Bila pelanggan guna produk itu dengan hati yang yakin dan tenang, kita pun turut dapat tempias pahala kerana menyampaikan ke...

10 Sebab Kenapa Jadi Usahawan Itu Sebenarnya Peluang Kutip Pahala

10 Sebab Kenapa Jadi Usahawan Itu Sebenarnya Peluang Kutip Pahala Ramai orang lihat dunia bisnes hanya dari sudut keuntungan dan cabaran. Tapi hakikatnya, bila kita berniaga dengan niat yang betul, usahawan juga berpeluang besar untuk kutip pahala setiap hari! Berikut adalah 10 situasi dalam bisnes yang sebenarnya membuka pintu ganjaran akhirat untuk kita. 1. Usahawan Mudah Dapat Pahala Bila niat kita betul, setiap usaha dalam bisnes menjadi satu bentuk ibadah. Bahkan dengan setiap langkah yang kita ambil untuk berniaga dengan jujur dan amanah, kita sedang mengumpul pahala. 2. Ambil Pekerja & Bantu Mereka Cari Rezeki Halal Apabila kita menggaji orang lain dan beri mereka peluang mencari rezeki dengan cara yang halal, itu adalah satu bentuk kebaikan yang besar — dan kita juga akan dikira mendapat pahala atas setiap rezeki halal yang mereka terima. 3. Bantu Pekerja Ketika Mereka Susah Memberi bantuan kewangan, sokongan emosi atau kemudahan kepada pekerja yang dalam kes...

Ada ke bisnes yang tak perlu cari orang?

  Ramai orang suka tanya soalan ni bila dengar pasal bisnes: “Ada tak bisnes yang tak perlu cari orang?” Maksud sebenar soalan tu sebenarnya: ✔️ Tak perlu promote ✔️ Tak perlu buat marketing ✔️ Tak perlu ajak orang beli ✔️ Duit masuk sendiri tiap-tiap bulan Kalau Mami jawab jujur… Tak ada bisnes yang boleh jalan sendiri tanpa usaha. 📌 Semua bisnes perlukan orang. Orang yang beli. Orang yang guna. Orang yang kongsi. Orang yang percaya. Cuma yang beza, adalah cara kita cari orang. Ada orang suka promote secara offline, ada orang guna media sosial. Ada yang buat bisnes secara passive income , tapi masih kena bina sistem dulu. Contoh paling mudah — Kalau kita buka kedai makan pun, kena cari pelanggan . Kalau kita jual produk, kena tunjukkan manfaatnya. Kalau kita buat bisnes FARMASI , ya, kita tak paksa orang . Tapi kita masih perlu berkongsi info yang betul , bina personal brand , dan beri servis yang orang cari. So… Bukan tak perlu cari orang. Tapi kita bela...