Langkau ke kandungan utama

✨ Tips Mudah Menghadapi Rejection Dalam Bisnes ✨

“Bila orang tolak, jangan bawa ke hati. Bawa ke dalam doa & strategi.”


Dalam bisnes — REJECTION ITU BIASA.
Yang luar biasa tu, bila kita tetap teruskan walaupun ditolak berkali-kali.


5 Tips Mudah Hadapi Rejection Dalam Bisnes FARMASi:

  1. 🧠 Fahami: Mereka Tolak Produk, Bukan Tolak Kita
    👉 Jangan ambil hati. Mungkin bukan masa mereka, bukan keperluan mereka sekarang.
    👉 Tapi itu bukan penamat — itu proses biasa.

  2. ✍️ Tulis Dalam Buku Rezeki:
    👉 "Rezeki saya bukan dari si A, tapi mungkin dari si B atau C.”
    👉 Dengan menulis, hati jadi lapang. Kita belajar lepaskan & move on.

  3. 🤲 Ucap Dalam Hati: “Mungkin ini Allah lindung aku dari pelanggan yang salah.”
    👉 Kadang pelanggan yang tolak kita hari ini, akan datang balik esok dengan hati terbuka.
    👉 Tapi kalau kita putus asa sekarang, kita tak sempat sampai ke hari esok tu.

  4. 📈 Ambil Sebagai Ujian, Bukan Kegagalan
    👉 Tanya semula: “Apa saya boleh improve? Ayat? Cara cerita? Atau cara follow up?”
    👉 Setiap rejection adalah feedback yang menyamar 😌

  5. 💪 Keep Showing Up – Setiap Hari
    👉 Pelanggan yang beli bukan orang yang nampak kita sekali.
    👉 Tapi orang yang nampak kita berkali-kali, dan percaya.


🧕🏻 

“Ramai yang mula dengan saya dulu, akhirnya berhenti sebab 3 orang tolak.

Tapi yang istiqamah walau ditolak 30 kali… sekarang dah ada 300 pelanggan.”


💬 CAKAP untuk Diri Sendiri Hari Ini:

“Tugas saya bukan meyakinkan semua orang.
Tugas saya adalah menunjukkan bahawa aku konsisten dan bersungguh.”




Ulasan