Langkau ke kandungan utama

Kenapa Rasulullah S.A.W Mendorong Umatnya Untuk Berniaga?

Pernah tak terfikir, kenapa Rasulullah S.A.W sendiri memilih jalan perniagaan, bahkan majoriti para sahabat juga terlibat dalam bisnes? Dalam Islam, berniaga bukan sekadar untuk mencari keuntungan dunia, tapi ia satu ibadah dan jalan tarbiah yang sangat mendalam.

Berikut adalah 4 sebab utama kenapa Nabi S.A.W menyuruh kita berniaga:


1. Ukhwah (Menjalin Silaturrahim)

Perniagaan membuka ruang untuk kita berinteraksi, bekerjasama dan membina jaringan sesama manusia. Dari situ lahirlah ukhuwah – hubungan yang bukan sekadar kenal nama, tapi saling percaya, bantu dan doakan rezeki sesama kita.


2. Menjadi Dermawan

Bila ada rezeki lebih hasil daripada perniagaan, hati lebih mudah terbuka untuk bersedekah. Dalam Islam, tangan yang memberi itu lebih baik daripada tangan yang menerima. Berniaga melatih kita untuk memberi, bukan hanya mengambil.


3. Lebih Bertawakal

Berniaga bukan jalan yang statik. Kadang ada untung, kadang ada rugi. Di sinilah kita belajar untuk bergantung sepenuhnya kepada Allah. Tawakal bukan hanya selepas usaha, tapi sepanjang proses – dari merancang hingga ke hasil. Inilah yang menjadikan jiwa lebih tenang dan redha.


4. Sabar Mengenali Manusia

Bisnes mengajar kita satu perkara penting: manusia itu berbeza. Ada pelanggan yang cerewet, ada yang mudah. Ada rakan kongsi yang jujur, ada juga yang sebaliknya. Berniaga adalah sekolah kehidupan yang mengajar kita erti sabar, empati dan hikmah dalam berurusan.


Kesimpulannya:

Berniaga bukan sekadar cari duit. Ia satu cara mendidik hati, membentuk akhlak dan mendekatkan diri kepada Allah. Bila kita berniaga dengan niat yang betul, kita bukan hanya bina bisnes, tapi bina diri.

Seperti sabda Rasulullah S.A.W:
"9 daripada 10 pintu rezeki adalah melalui perniagaan."

Sudah bersedia jadi peniaga yang bukan saja berjaya di dunia, tapi juga di akhirat?

www.wasap.my/60137318746/NakJoinMamiNorita



Ulasan