Ada satu trend yang makin menjadi-jadi…
TT semua barang kalau boleh nak jual RM9.90, RM10.90.
Bila tengok pesaing jual RM9.90, dia turunkan lagi jadi RM8.90.
“Biar lingkup asal murah.”
Tapi benarkah murah itu sentiasa menang?
Realitinya, harga murah tak semestinya buat orang beli.
Kalau murah tapi kualiti tak menyakinkan, pelanggan tetap akan ragu-ragu.
👉 Bisnes bukan sekadar harga.
Bisnes adalah tentang nilai yang kita beri, pengalaman pelanggan, dan keyakinan yang kita bina.
Kalau semua peniaga berlumba jadi paling murah,
siapa yang nak jaga standard industri?
Siapa yang nak jaga maruah produk?
Lama-lama, bisnes sendiri pun tak dapat bertahan.
Margin makin kecil, tenaga makin banyak keluar… untung entah ke mana.
💡 Nak bisnes tahan lama?
✔️ Fokus pada branding dan positioning.
✔️ Bina kredibiliti dan cerita produk.
✔️ Beri servis yang luar biasa.
✔️ Educate pelanggan kenapa produk kita worth it, walaupun bukan yang paling murah.
Ingat ya…
Pelanggan yang berkualiti tak cari yang paling murah,
mereka cari yang paling meyakinkan.
Ulasan