*****
Seorang lelaki tanya saya:
"Ustaz, saya ada masalah rumahtangga yang besar. Isteri saya tidak bekerja. Lepas
tu telinga saya ni dah tak tahan. 24
jam dia membebel. Asyik marah anak
jer kerjanya..Anak 4 orang.Saya pun
di marahnya. Saya dah hilang sabar.
Lepas tu asyik tanya yang bukan-
bukan. Duit bagi asyik habis. Dia tak
membantu saya ustaz.
Saya sayang dia. Tapi sekarang saya
tidak bahagia. Macam mana nak
bahagia ustaz kalau asyik stress
macam ni? Tolong saya ustaz. Saya
dah tak tahan sangat.."
Betul abang nak tahu cara nak
bahagia? Tanya saya..
Yer ustaz..
Bahagia ini Allah yang beri. Dia beri
bahagia ke dalam hati bersyukur.
Syukur ialah bahagia. Syukur dengan
kurniaan Allah buat hati kita
tenang..
Orang yang benar bahagia dari hati
yang berterima kasih pada Allah..
Saya beri dia sehelai kertas. Cuba
saudara tulis kebaikan isteri..dia
kata entahlah ustaz..susahlah
macam tiada jer..
Baik, saya sebut kebaikan isteri saya
pada saudara.
Dia belajar tinggi-tinggi sampai
umur 24 tahun. Dia lagi pandai dari
saya. Dia boleh lebih maju dari saya
dan menjadi orang hebat. Tapi dia
pilih untuk menjadi orang belakang
tabir hidup saya. Besarnya
pengorbanannya...suri rumah ini
sangat besar pengorbanannya.
Pernah tak abang fikir sebenarnya
rezeki yang Allah kurniakan kepada
kita ini kerana ada orang di bawah
tanggungan kita. Saya lihat ramai
orang besar, rezekinya besar kerana
Allah suka dia membantu keluarga
dan pekerja yang ramai. Tapi saat dia
tiada tanggungan semuanya
berkurang dan berubah..Inilah iman.
Tiba-tiba dia mencelah. Erm betul
lah ustaz..rezeki saya semakin
bertambah. Bezanya sebelum kahwin
dan selepas kahwin walaupun kerja
yang sama. Rezeki makan minum
yang melimpah ruah..
Wanita ini hebat tapi mereka berada
di belakang kita. Sayu dan dahsyat
pengorbanan wanita..
2 wanita dalam hidup saya hari ini
yang sangat besar pengorbanan buat
saya ibu pertamanya dan kedua isteri
saya.
Wanita membebel kerana mereka
rindukan kita. Terutamanya suri
rumah. Mereka tiada kawan-kawan
sangat melainkan anak-anak yang
tidak dapat faham sepenuhnya
perasaan mereka. Saya pernah diberi
masa 5 minit nak ceramah perkara
besar dan penting. Kerana semangat
yang berkobar-kobar hasilnya saya
cakap sangat laju dan tidak tersusun
kerana saya nak cakap
semua.perkara.
Begitulah isteri kita.
12 jam mungkin mereka tunggu kita
pulang dari kerja. Mereka ingin
luahkan sesuatu. Jadi mereka cakap
tanpa henti kerana berapa jam
sahaja masa yang tinggal dengan
kita..tiba-tiba kita marah. Sedihnya
hati mereka....sudah tiada siapa lagi
kerana kesetiaan mereka.
Kita jumpa ramai orang dan masih
ramai kawan-kawan. Mereka sudah
tidak seperti kita..mereka ubah
semuanya..erm..
Hakikatnya apa yang Allah takdirkan
buat kita adalah yang sebaiknya.
Ramai orang sedar bila nikmat itu
sudah tiada lagi..
Sebab tu sekali sekala kita kena bawa
mereka keluar di jalan Allah tanpa
anak-anak. Bawa mereka majlis ilmu.
Hidupkan ta'lim rumah (BACAAN
HADIS NABI SAW bersama keluarga
contoh 9.30malam-10malam)
insyaAllah rumah kita bercahaya.
Hati mereka tenang..Itulah masa kita
bersama.
Waktu malam dan setiap lepas solat
kita doakan orang yang ktia sayang.
Setelah kita bersyukur dengan apa
yang kita miliki ini. Kita mula berdoa
untuk mereka dengan sayang
sehingga air mata kita berlinang
kerana dosa kita tidak bersyukur
dengan apa yang kita miliki.
Dia mula salam saya dan kata terima
kasih. Saya dapat apa yang ustaz nak
sampaikan..kena syukur.
Betul, syukur kepada Allah yang baik.
Dia beri semuanya yang sebenarnya
baik tanpa kita sedari itulah yang
terbaik buat kita suami baik isteri..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan