Langkau ke kandungan utama

Nak Bina Kepercayaan di Media Sosial? Mulakan Dengan Memberi Nilai!



Hai korang semua! 👋

Kalau anda serius nak bina trust (kepercayaan) dengan audiens di media sosial, ada satu rahsia besar yang ramai orang terlepas pandang:

Beri nilai (value). Bukan sekadar menjual.

Tapi persoalannya…
Macam mana nak beri nilai tu? Apa maksud 'value' sebenarnya?


1. Nilai = Sesuatu Yang Bermanfaat Untuk Audiens Anda

Bila seseorang tengok video atau konten anda, mereka akan tanya dalam hati:

✅ “Berbaloi tak aku habiskan masa tengok ni?”
✅ “Apa yang aku dapat?”
✅ “Ada manfaat tak?”

Jadi, bila anda hasilkan konten — pastikan audiens rasa mereka dapat sesuatu.

Tak kisah la mereka rasa:

  • Terhibur

  • Dapat ilmu baru

  • Tercetus semangat

  • Rasa ‘termasuk’ dalam komuniti anda

Semua ni adalah bentuk nilai yang sangat penting dalam dunia digital.


2. 4 Jenis Nilai Yang Patut Anda Bagi: 2E & 2I

Nak mudah ingat? Gunakan formula 2E & 2I ni bila nak hasilkan konten:

E = Entertained – Buat audiens rasa terhibur, tersenyum, tergelak.
E = Educated – Sampaikan ilmu, tip, tutorial atau fakta menarik.
I = Inspired – Cerita motivasi, kisah peribadi yang beri semangat.
I = Inclusive – Buat mereka rasa dekat dengan anda, rasa disapa & dihargai.

Dengan 2E & 2I, anda sedang bina hubungan yang kuat bersama follower — ini asas penting dalam membina TRUST.


3. Bila Dah Ada TRUST, Mudah Nak…

❤️ Jual produk
❤️ Buat affiliate
❤️ Dapat job review
❤️ Dapat follower yang setia

Jadi, sebelum tanya “kenapa orang tak percaya saya lagi?”, semak dulu:
“Adakah saya sedang beri nilai kepada audiens?”


Nak Belajar Lebih Banyak Tentang Cara Bina Personal Branding & Trust?

Jom follow saya di TikTok 👉 @maminorita
Setiap hari saya share tip berguna, live training dan ilmu praktikal untuk bantu anda naik dengan cara yang berkesan.


Ingat:
👉 Give value first
👉 Trust will follow 💯

Jom mula bina kepercayaan dengan konten yang bermakna hari ini!

Ulasan