Ramai yang baru nak mula bina personal branding di TikTok akan tanya:
"Kenapa kena buat banyak video? Kualiti tak penting ke?"
Soalan ni valid, tapi jawapan dia berbeza ikut tahap anda. Kalau anda masih newbie, kuantiti video lebih penting dari kualiti.
Fasa Newbie: Fokus Pada Konsistensi & Exposure
Kalau anda baru bermula, Mami sangat galakkan anda buat sekurang-kurangnya 3 video sehari. Kenapa?
Sebab anda masih dalam fasa:
-
Belajar algoritma
-
Cuba-cuba jenis konten
-
Bina keberanian bercakap depan kamera
-
Nak algoritma TikTok kenal anda
Lagi banyak anda post, lagi tinggi peluang anda untuk tembus FYP (For You Page).
Bila Dah Grow, Baru Fokus Kualiti & Retention
Bila follower dah mula bertambah, barulah strategi anda berubah.
Waktu tu, bukan lagi nak cari orang baru semata-mata, tapi lebih kepada "macam mana nak tukarkan follower jadi fans setia?" — atau dalam dunia bisnes, kita panggil “retaining customer.”
Apa Jadi Kalau Konsisten Post Tapi Views Tetap Rendah?
Masalah ini biasa berlaku bila:
❌ Post hanya gambar statik atau poster
❌ Tiada suara sendiri
❌ Tiada interaksi sebenar dengan audiens
Solusinya?
👉 Buat video bercakap depan kamera
👉 Guna suara sendiri
👉 Sampaikan mesej yang bantu audiens kenal siapa anda
Inilah asas kepada personal branding!
Kuantiti = Promosi Tanpa Henti
Lebih kerap anda post, lebih kerap nama dan wajah anda muncul di FYP orang lain. Ini adalah bentuk promosi percuma yang sangat efektif.
Anda tak perlu tunggu video viral — yang penting konsisten dan terus belajar.
Kesimpulan
Jadi untuk anda yang baru bermula, jangan kejar ‘perfect’, kejar ‘consistent’.
Kuantiti dulu, kemudian baru datang kualiti.
Nak lebih banyak tips TikTok dan personal branding?
👉 Follow Mami di TikTok: @maminorita
Jelas ke jelas? 💥🔥
Ulasan