Ramai yang baru nak mula buat konten selalu tanya soalan ni:
“Perlu ke buat banyak video? Bukan kualiti tu lagi penting ke?”
Jawapannya: Kalau anda masih NEWBIE, fokuslah pada KUANTITI dulu.
Kenapa?
1. Latih Konsisten & Bina Momentum
Bila anda buat 3 video sehari, anda sedang latih diri untuk konsisten. Ini penting dalam fasa awal kerana:
-
Anda belum ada ramai follower.
-
Platform seperti TikTok suka akaun yang aktif dan kerap upload.
-
Setiap video adalah peluang belajar & perbaiki skill.
2. Algoritma Perlukan Data
Lagi banyak anda post, lagi banyak data TikTok akan kumpul untuk tahu siapa audiens yang sesuai dengan konten anda. Kalau post satu seminggu, lambatlah nak naik.
3. Fokus pada Retention Bila Dah Grow
Bila follower dah mula bertambah, barulah kita fokus pada strategi "Retaining Follower Jadi Fans" – sama macam dalam bisnes, kita jaga pelanggan yang dah beli supaya mereka beli lagi.
Ini konsep "Retention > Acquisition".
4. Views Bergantung Pada Kandungan
Ya, bukan semua video akan meletup. Tapi kalau anda hanya post:
-
Poster statik,
-
Gambar,
-
Atau video tanpa suara sendiri...
...jangan hairan kalau views rendah.
Tips penting untuk naikkan views:
✅ Guna suara sendiri
✅ Bercakap depan kamera
✅ Bina kepercayaan & aura personal branding
Orang nak kenal siapa kita dulu baru sudi ‘follow’. Betul?
Kesimpulan:
Kalau anda masih baru, buat dulu 3 video sehari. Jangan risau pasal kualiti sangat — yang penting anda mula dulu dan terus belajar dari setiap video yang anda hasilkan.
Nak tengok contoh live saya buat konten personal branding?
๐ Follow @maminorita di TikTok
Jelas ke jelas? ๐ฅ๐ฏ
Ulasan