Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari 2022

BERHENTI UNTUK BERJAYA

 BERHENTI UNTUK BERJAYA  1. Nak berjaya, kena buat. Buat, buat, buat. 2. Itu yang ditanam dalam fikiran kita sejak kecil.  3. Kita tidak dilatih bagaimana untuk “berhenti” jika nak berjaya. 4. Apa yang kita kena berhenti jika kita nak berjaya? 5. Pertama, berhenti tak percaya kepada kemampuan diri sendiri. Kita tak gagal kerana orang tak percaya kita. Kita akan gagal apabila kita sendiri tak percaya kepada diri kita. 6. Kedua, berhenti lari dari masalah dan cabaran. Memang mudah kata “esoklah saya buat.” Hakikatnya, esok tak pernah datang. 7. Ketiga, berhenti berfikir kita tidak ada pilihan. Usah anggap kita mangsa keadaan. Usah bataskan kemampuan kita menerokai pelbagai alternatif. 8. Keempat, berhenti buat benda yang sama dan mengharapkan hasil yang berbeza. Kalau kita baling bola hitam ke dinding, bola hitam jugalah yang akan melantun balik. Bola itu tak akan jadi putih. Ubah. 9. Kelima, berhenti mengharapkan semua benda jadi dengan sendiri. Kalau nak, berusaha dapatka...

10 TIPS BINA PERSONAL BRANDING BISNES KECIL DI FACEBOOK

 10 TIPS BINA PERSONAL BRANDING BISNES KECIL DI FACEBOOK 1. Sebagai usahawan, kitalah duta bisnes kecil kita. Pelanggan menilai nama kita sama seperti nama bisnes kita. Maka, pastikan nama kita sentiasa baik pada mata pelanggan. 2. Gunakan nama penuh dan gambar sebenar di profil Facebook peribadi kita. Orang lebih percaya. Pelanggan suka berurusan dengan orang yang mereka kenali dan percayai. 3. Fikir yang baik-baik, bercakap yang baik-baik dan tulis yang baik-baik di Facebook kita. Pelanggan suka berurusan dengan usahawan yang baik-baik. 4. Usah kata "Ini Facebook aku, ikut suka akulah nak tulis apa pun." Apabila usahawan ber-Facebook, kita berusaha membina persepsi positif kepada jenama diri dan bisnes kita. Dari persepsi baik ini, kita buat jualan. 5. Elakkan mengkritik, menegur atau bercakap mengenai pelanggan sama ada secara langsung atau berkias di Facebook. Usah perli mereka. Pelanggan tak suka. Bakal pelanggan tak suka. Kalau kita berterusan buat begitu, orang lari da...

Satu Jam tetapi ada dua nilai - RM5 Dan Sejuta Ringgit

Seorang lelaki sebelum beliau meninggal dunia, berkata kepada anaknya,"Jam ini datuk kamu beri kepada ayah dan berumur lebih 200 tahun. Sebelum ayah beri kepada kamu, sila ke kedai jam di Jalan Utama dan beritahu kepada tauke tu yang kamu mahu jual jam itu dan tanya berapa harga yang tauke itu boleh tawarkan". Lalu si anak pun pergi. Selepas beberapa minit, dia pun kembali kepada ayahnya dan berkata, "Tauke itu hanya tawarkan RM5 sahaja sebab jam itu sudah lama dan banyak calar".  Kemudian, ayah menyuruh anaknya ke kedai kopi pula.  Si anak pun ke kedai kopi itu dan selang beberapa jam, dia kembali dan berkata:"Tauke kedai tu dapat tawarkan RM5, ayah". Kemudian ayahnya berkata, "Pergilah ke muzium dan tunjukkanlah jam tersebut".  Lalu si anak pun ke muzium dan balik bertemu ayahnya dengan hati yang gembira dan berkata kepada ayahnya, "Mereka tawarkan jam ini dengan harga sejuta ringgit!" Ayahnya seraya berkata," Ayah hanya mahu kam...

Kenapa kita kena iklan di FB GROUP?

 Kenapa kita kena iklan di FB GROUP? ✅ sebab friends kita kat fb personal tak ramai. ✅ engagement lebih tinggi berbanding FB personal. ✅ closing rate tinggi. ✅ Lebih ramai orang tengok posting kita dan bila ramai komen, posting kita akan sentiasa berada diatas. ✅ orang yang tengok posting kita berbeza beza, jadi kena join pelbagai FB group.

Bagaimana nak dapat UNTUNG BERSIH ?

 Bagaimana nak dapat UNTUNG BERSIH ? SOALAN DIA BAGAIMANA NAK DAPAT UNTUNG BERSIH RM250 SEHARI? Jika kita mendapat keuntungan bersih 25%   ini bermakna setiap RM100, anda mendapat RM25 BERAPA JUMLAH PELANGGAN? So, kita perlukan minima 10 pelanggan yang membuat pembayaran bernilai RM100 bagi setiap order.. Supaya kita ada untung bersih RM250 sehari BAGAIMANA NAK DAPAT 10 PELANGGAN SEHARI? Biasanya hanya 10% ke 20% prospek akan bertukar jadi pelanggan. Maka, untuk dapat 10 pelanggan sehari, kita perlu ada minimum 15-58 prospek iaitu senarai no telefon prospek yang berminat dengan produk kita atau servis kita. DIMANA NAK DAPAT 15 ke 50 prospek baru setiap hari? Maka, disinilah juga pentingnya ILMU MARKETING . JADI, dari sini datangnya KPI atau apakah PENCAPAIAN  yang wajib kita usahakan untuk capai setiap hari. KPI ni wajib dimonitor setiap minggu. Contoh : KPI untuk kita sebagai usahawan yang nak dapat untung bersih RM5000 sebulan ialah: - Setiap hari kita mesti dapatkan ...

BAGAIMANA MENJALANKAN KEMPEN MARKETING

 BAGAIMANA MENJALANKAN KEMPEN MARKETING Apabila kita mengeluarkan produk baru, orang tidak tahu pun bahawa produk kita itu sudah berada dalam pasaran. Macam mana kita mahu buat supaya orang tahu dan orang mahu membeli produk kita itu? Caranya, kempen marketing kita mestilah dijalankan sesuai dengan perjalanan customer. . FASA 1: Attract Kita mesti tarik perhatian orang kepada produk kita. Sebagai contoh, kita buat iklan yang sangat menarik. Iklan itu sangat menarik mata orang, sampai orang mahu pandang iklan kita itu.  Buat kempen bagi menarik perhatian orang.  Orang mesti perasan iklan kita wujud. Baru ada peluang orang perasan produk kita wujud. Ibarat kita mengail, ikan mesti nampak umpan kita, dan mahu pandang umpan kita. Andainya kita membuka gerai, orang yang lalu-lalang di depan gerai kita mesti perasan gerai kita wujud.  Paling kurang mereka mesti mahu menoleh ke arah gerai kita, mahu tengok gerai kita walaupun dari jauh saja. . FASA 2: Capture Dalam fasa ini...

KENAPA KENA REKOD AKAUN BISNES

[KENAPA KENA REKOD AKAUN BISNES] Kita tak rekod sebab sales kita ciput, kita tak rekod sebab, kita rasa tiada faedahnya untuk kita rekod, semua dalam kepala bro 😅 Kalau anda buat bisnes sekadar suka-suka dan bukan untuk tingkatkan taraf hidup, boleh scrol laju-laju Tapi kalau anda buat bisnes sebab inilah mata pencarian “aku sekeluarga”, tarik nafas dan scrol dan baca pelan-pelan 🔎 ELAK KESILAPAN Kalau klien saya tidak merekod, dia takkan sedar yang dia telah bayar staff dia lebih satu angka. Sepatutnya RM1500. Dia bayar RM15000 🔎 HILANG PELUANG Kalau klien saya bertangguh untuk mula ambil khidmat akaun, beliau tak mungkin dapat pelbagai geran dan peluang menang award untuk ikon usahawan baru-baru ini  🔎 LOAN LULUS Kerana mula rekod akaun, loan rumah beliau lulus. Dia belajar merekod di Amani Academy, walaupun rasa alien tapi dia teruskan jugak 🔎 KETENANGAN FIKIRAN Nasib baik beliau settle “Pengakuan Sukarela”  10 tahun. Habis jer tempoh, terus dapat call dari Officer LHD...

KENAPA ORANG BERJAYA ITU BERJAYA

 [KENAPA ORANG BERJAYA ITU BERJAYA ] 1⃣ Sikap dia berbeza. Orang berjaya dia tak suka komplen. Tak macam orang gagal. Semua nak komplen.. "Apa la tak ada parking", "Apa la tak ada makan?" " Apa la pen kertas pun tak bagi" dan banyak lagi.  Orang gagal sibuk kira benda yang tak jadi. Mentaliti dia berbeza. Sikap dia berbeza. Kesabaran dia berbeza.  Orang nak berjaya tak suka duduk saja. Walaupun dia tak ada kerja, dia cari kerja.  2⃣ Orang berjaya pantas buat keputusan, pantas buat tindakan. Dia nak, dia buat.. dia usaha.Tak pikir pun macamana nak jadi. Nak nampak jadi buat je dulu. Ada orang pikir langit dan bumi, tapi orang berjaya buat je dulu, dia tau Allah akan uruskan seterusnya.  3⃣ Mereka sanggup berkorban masa untuk kejayaan mereka. Invest wang, tenaga dan masa.  4⃣ Mereka bina networking yang bagus. Maksud networking: Anda adalah siapa kawan anda. Siapa nak hidup berubah? Upgrade kawan. Siapa kawan kita itu la menentukan hala tuju kita. 5⃣ Mereka ...

5 Soalan PENTING Yang Perlu Anda Jawab Untuk Mengetahui Sama Ada Si Dia itu Benar-Benar Serasi

 Inilah 5 Soalan PENTING Yang Perlu Anda Jawab Untuk Mengetahui Sama Ada Si Dia itu Benar-Benar Serasi & Pilihan Terbaik Untuk Teruskan Hubungan Ke "Next Level" Ataupun Tidak! Anda dah lama single dan sangat teringin untuk mencari pasangan yang bakal menjadi suami dan bapa yang hebat untuk anak-anak anda nanti.. Setelah lama mencari, anda akhirnya berjumpa dengan seorang lelaki yang sangat baik hati budinya dan anda sangat selesa berkenalan dengannya.. Hubungan semakin hari semakin rapat bila mula berbalas mesej di media sosial dan Whatsapp.. Anda mula rasakan bahawa si dia ini adalah calon yang terbaik untuk meneruskan hubungan ke "next Level" iaitu menjalinkan hubungan cinta sebelum ke jinjang perkahwinan yang anda impikan.. Di sebalik rasa bahagia ini, terselit rasa kerisauan yang menghantui hidup anda.. Anda mulai risaukan.. - Apa yang akan jadi jika hubungan tak kekal lama.. - Apa yang akan jadi jika si dia hanyalah seorang lelaki yang suka ambil kesempatan...

5 Sebab SEBENAR Kenapa Anda Susah Nak Cari Jodoh

 Inilah 5 Sebab SEBENAR Kenapa Anda Susah Nak Cari Jodoh - Walaupun Anda Seorang Yang Baik & Mempunyai Personaliti Yang Menarik! Setiap wanita mempunyai impian untuk mendirikan rumah tangga pada usia paling lewat pun 25 tahun.. Ini kerana pada usia ini kehidupan dah stabil serta dah berjaya mencapai impian untuk habiskan belajar, mendapat ijazah dan mendapat kerja.. Tapi malangnya tak semua wanita cukup bertuah untuk realisasikan impian ini.. Malah ada yang masih lagi single dan available walaupun usia hampir mencecah 30 tahun..  Ya, bukannya anda tidak pernah mencuba untuk mencapai impian ini TAPI impian ini sangat sukar untuk dilaksanakan.. Walaupun dah banyak kali mencuba dan bercinta tapi tak juga kesampaian hajat untuk ke jinjang pelamin.. Dengan usia yang semakin bertambah dari hari ke hari, ramai rakan sebaya yang dah kahwin.. Malah adik-adik anda pun juga dah selamat mendirikan rumah tangga.. Tapi anda masih setia dengan status bujang yang masih menunggu lamaran pu...

5 Kesilapan UTAMA Yang Sering Menggagalkan Setiap Hubungan Cinta

 Inilah 5 Kesilapan UTAMA Yang Sering Menggagalkan Setiap Hubungan Cinta Anda Untuk Berakhir Ke Jinjang Perkahwinan! Sudah menjadi impian setiap pasangan yang bercinta untuk mengikat hubungan mereka secara sah melalui ikatan perkahwinan.. Tapi malangnya tak semua impian cinta mampu menuju ke ikatan suci ini.. Jika sekali atau dua kali berlaku pada anda.. Ianya mungkin perkara biasa dan ia masih mampu buatkan anda fikir positif serta mampu berikan harapan kepada diri anda untuk cuba cari jodoh sekali lagi.. Tapi kalau dah berkali-kali terjadi, ia membuatkan hati anda rasa jemu, muak dan malas untuk membina sebuah perhubungan cinta yang serius.. Tapi usia makin bertambah dan rakan-rakan sebaya semuanya telah selamat menjadi isteri kepada pasangan masing-masing.. Yang paling sadis lagi bila anda terima berita bekas kekasih anda telah pun bernikah dengan pilihan hatinya walaupun baru sahaja berkenalan.. Ia pasti sangat menyakitkan! Kenapa ya masalah ini berlaku kepada anda tanpa henti ...

Legaa... Laptop sudah boleh digunakan..

 Hai. Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua.. senyum sikit.. hari ini kemaskini reka letak dan templat untuk blog nie.. dah lama jugak dibiarkan gitu jer sebab ada masalah sambungan internet yang tidak berapa baik.. Alhamdulillah.. sekarang line semakin membaik.. Terima kasih kat En.suami yang selalu berusaha untuk membantu pn.isteri menjalankan bisnes dari rumah.. tanpa bantuan en.suami pastinya saya tidak berjaya mendapatkan apa yg saya inginkan..  Hari tu pergi seminar melaka.. laptop ni pun buat hal jugak tak dapat dihidupkan.. nasib baiklah ada backup plan.. dah ready siap-siap masuk dalam pendrive semua bahan untuk seminar melaka.. ini pun pesanan dari En.suami supaya simpan segala yg nak dipakai dalam pendrive.. ternyata hasil nasihat en.suami itu membantu.. di tambah kebijaksanaan diri sendiri yang bersedia sebelum apa-apa berlaku.. hihihi.. nak jugak puji diri sendiri.. (gelak sendiri) Sebenarnya saya ni tidak ada pun sijil kemahiran menggunakan komputer.. belajar...

Tips untuk TIDAK BERJAYA

Pagi ni mami nak bagi TIPS UNTUK TIDAK BERJAYA Dah biasa sangat bagi tips berjaya... dah tahu tapi masih tak buat.. so hari ini mami nak share tips untuk tidak berjaya.. jika anda buat... itu tanda-tanda anda bawak diri anda ke arah tidak berjaya... 1. Tidak perlu hadir Majlis Ilmu. ilmu menyebabkan anda dapat sesuatu yang menyebabkan anda mudah buat tindakan dan tahu apa nak buat bila anda hadapi cabaran. oleh itu, jangan hadir majlis ilmu jika anda tidak mahu berjaya.. terus tidur atau buat apa sahaja yang anda suka. sibukkan diri bila mana ada majlis ilmu... Ilmu akan buat anda semakin berjaya.. jadi jangan hadir majlis ilmu. 2. Kekalkan rasa Ego dalam diri Ego ini adalah satu sikap untuk menyatakan diri kita hebat dan terbaik... jadi jangan dengar kata-kata atau nasihat dari orang-orang berjaya. Bila anda dengar dan rendahkan diri anda anda akan ingin buat macam mereka yg berjaya. Oleh itu, kekalkan ego anda supaya anda tidak perlu belajar dari orang lain yg berjaya. dan hidup anda...