Bagaimana nak dapat UNTUNG BERSIH ?

 Bagaimana nak dapat UNTUNG BERSIH ?


SOALAN DIA BAGAIMANA NAK DAPAT UNTUNG BERSIH RM250 SEHARI?

Jika kita mendapat keuntungan bersih 25%  ini bermakna setiap RM100, anda mendapat RM25


BERAPA JUMLAH PELANGGAN?

So, kita perlukan minima 10 pelanggan yang membuat pembayaran bernilai RM100 bagi setiap order.. Supaya kita ada untung bersih RM250 sehari


BAGAIMANA NAK DAPAT 10 PELANGGAN SEHARI?

Biasanya hanya 10% ke 20% prospek akan bertukar jadi pelanggan. Maka, untuk dapat 10 pelanggan sehari, kita perlu ada minimum 15-58 prospek iaitu senarai no telefon prospek yang berminat dengan produk kita atau servis kita.


DIMANA NAK DAPAT 15 ke 50 prospek baru setiap hari?

Maka, disinilah juga pentingnya ILMU MARKETING.

JADI, dari sini datangnya KPI atau apakah PENCAPAIAN yang wajib kita usahakan untuk capai setiap hari.

KPI ni wajib dimonitor setiap minggu.


Contoh :


KPI untuk kita sebagai usahawan yang nak dapat untung bersih RM5000 sebulan ialah:


- Setiap hari kita mesti dapatkan 15-30 bakal prospek baru.. Mesti ada nama, no telefon atau add friend di facebook atau media sosial.. Dalam dunia bisnes ada 3 sahaja data penting wajib kita ada iaitu nama penuh, no telefon dan email.


- apa sahaja kaedah marketing yang kita gunakan kita mesti ada setiap hari 15 ke 30 bakal pelanggan yang berminat dengan mana-mana produk kita atau servis kita.. Pastikan kita simpan database di tempat yang selamat dan boleh diakses pada bila-bila masa.. Contoh Save No Telefon, simpan dalan file excel atau simpan dalam google contact atau simpan database dalam website.


- setiap hari juga kita perlu buat kerja-kerja CLOSING dan FOLLOW UP untuk memastikan daripada semua database yang ada, minimum 10 orang membuat pembelian bernilai RM100 dan ke atas.. galakkan pelanggan ambik pakej atau beli dalam kuantiti yang banyak.


#NoritaHamid

#TeamNoritaJelitawan

#TNJ_Avengers

#BuatSampaiJadi

#YaAllahPandanglahKami


Tiada ulasan:

Permulaan Membuka Kedai Nurraysa

 Hai.. Assalamualaikum.. Salam Sejahtera.. Alhamdulillah.. pada 30 Mei 2023 bermulanya saya dapat Kunci kedai dan memulakan Bisnes dengan ad...