BAGAIMANA MENJALANKAN KEMPEN MARKETING
Apabila kita mengeluarkan produk baru, orang tidak tahu pun bahawa produk kita itu sudah berada dalam pasaran.
Macam mana kita mahu buat supaya orang tahu dan orang mahu membeli produk kita itu?
Caranya, kempen marketing kita mestilah dijalankan sesuai dengan perjalanan customer.
.
FASA 1: Attract
Kita mesti tarik perhatian orang kepada produk kita. Sebagai contoh, kita buat iklan yang sangat menarik.
Iklan itu sangat menarik mata orang, sampai orang mahu pandang iklan kita itu.
Buat kempen bagi menarik perhatian orang.
Orang mesti perasan iklan kita wujud. Baru ada peluang orang perasan produk kita wujud.
Ibarat kita mengail, ikan mesti nampak umpan kita, dan mahu pandang umpan kita.
Andainya kita membuka gerai, orang yang lalu-lalang di depan gerai kita mesti perasan gerai kita wujud.
Paling kurang mereka mesti mahu menoleh ke arah gerai kita, mahu tengok gerai kita walaupun dari jauh saja.
.
FASA 2: Capture
Dalam fasa ini kita jalankan kempen supaya orang yang sudah tahu produk kita itu wujud supaya mereka berminat dengan produk kita.
Selepas orang terpandang iklan kita, apakah mereka berminat dengan produk yang diiklankan itu?
Jangan-jangan walaupun ikan sudah nampak umpan kita, tapi ikan itu tidak berminat hendak memakan upan itu. Dia terus berenang pergi.
Kempen dalam fasa ini mesti membuat ikan itu datang kepada umpan kita.
Dalam fasa ini orang yang lalu di depan gerai kita itu mahu berhenti, tengok apa dalam gerai kita, dan akhirnya dia mahu masuk ke dalam gerai kita.
Dia mahu masuk gerai kita dulu. Dia belum mahu membeli.
Andai masuk gerai kita pun dia tidak mahu, macam mana kita mahu pujuk dia supaya mahu membeli?
.
FASA 3: Nurture
Buat kempen supaya mereka mahu tahu lebih banyak tentang produk kita.
Apabila orang sudah mahu masuk ke dalam gerai kita, barulah kita mula membuat supaya mereka mahu tengok-tengok produk kita.
Mereka mahu pegang-pegang produk itu, sambil dia bertanya itu ini, kerana mereka mahu tahu lebih banyak tentang produk kita.
Andainya mereka masuk gerai kita, tetapi kemudian keluar semula, bermakna perjalanan customer cuma sampai setakat itu saja. Tidak berlaku pembelian.
.
FASA 4: Convert
Dalam fasa ini kita buat kempen supaya mereka mahu beli dan mahu cuba produk kita.
Setakat orang berminat kepada produk kita, itu tidak cukup.
Selagi orang tidak membeli, kempen marketing kita belum mencapai objektifnya.
Dalam fasa ini mereka itu sudah berminat. Mereka itu peminat.
Kita mesti dapat ubah peminat sampai menjadi pembeli.
Kita mesti pujuk supaya mereka mahu mencuba dulu. Tujuan kempen dalam fasa ini ini adalah memujuk mereka membeli dengan tujuan untuk mencuba saja.
.
FASA 5: Expand
Untuk mereka yang sudah membeli, kita mesti buat kempen supaya mereka terus ingat dan terus membeli lagi dan lagi.
Selepas mereka sudah mencuba produk kita, sudah berpuas hati dengan kualiti produk kita itu, kita mesti jalankan kempen yang tujuannya adalah mengingatkan mereka, supaya tidak melupakan produk kita, dan akan berulang-ulang kali membeli.
Kita juga mahu supaya mereka bercerita dan memberitahu orang-orang lain berkenaan produk kita itu
Kempen jenis inilah yang kita tidak boleh berhenti menjalankannya.
Apabila kita berhenti, orang pun lupa.
Apabila mereka lupa produk kita, mereka beli produk orang lain.
.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan