Tips untuk TIDAK BERJAYA

Pagi ni mami nak bagi TIPS UNTUK TIDAK BERJAYA

Dah biasa sangat bagi tips berjaya... dah tahu tapi masih tak buat.. so hari ini mami nak share tips untuk tidak berjaya.. jika anda buat... itu tanda-tanda anda bawak diri anda ke arah tidak berjaya...

1. Tidak perlu hadir Majlis Ilmu.
ilmu menyebabkan anda dapat sesuatu yang menyebabkan anda mudah buat tindakan dan tahu apa nak buat bila anda hadapi cabaran. oleh itu, jangan hadir majlis ilmu jika anda tidak mahu berjaya.. terus tidur atau buat apa sahaja yang anda suka. sibukkan diri bila mana ada majlis ilmu... Ilmu akan buat anda semakin berjaya.. jadi jangan hadir majlis ilmu.

2. Kekalkan rasa Ego dalam diri
Ego ini adalah satu sikap untuk menyatakan diri kita hebat dan terbaik... jadi jangan dengar kata-kata atau nasihat dari orang-orang berjaya. Bila anda dengar dan rendahkan diri anda anda akan ingin buat macam mereka yg berjaya. Oleh itu, kekalkan ego anda supaya anda tidak perlu belajar dari orang lain yg berjaya. dan hidup anda akan kekal seperti mana sekarang..

3. Biasakan dengan Memberi Alasan
- Alasan adalah salah satu cara menyelamatkan diri anda dari orang memandang rendah pada anda. Anda nak orang nampak anda hebat.. jadi Alasan ini boleh menutup kesalahan anda. So, bila mana anda tidak dapat join kelas, tidak dapat capai apa yg anda nak capai... maka carilah alasan sebab anak ke, sebab suami ke, mak ayah ke, sakit ke... apa-apalah alasan agar orang tak nampak anda bersalah.. Alasan sememangnya cukup Power untuk anda tidak berjaya..

4. Kekalkan rasa Malu nak berniaga
- Rasa malu memang bagus dikekalkan untuk anda tidak berjaya... sebab bila anda rasa malu, anda tidak mahu buat Live, tidak mahu promote, tidak mahu jumpa orang, tidak mahu buat apa-apa yang boleh buat anda berjaya.. Sebab malu boleh buat anda tidak dapat duit.. so, kekalkanlah rasa malu supaya anda boleh kekal tidak berjaya dan hidup anda terus sepertimana yang ada sekarang.

5. Gunakan masa anda untuk hal yang tidak berfaedah
- Setiap orang ada masa 24jam sahaja maka gunakan sahaja masa anda itu untuk menonton tv, main game, tengok tiktok, tengok fb atau tidur sepanjang hari.. sebab dengan menggunakan masa pada hal yang tidak mendatangkan hasil akan buat anda tidak berjaya.. maka buatlah apa anda suka dengan masa anda..

ok itu sahaja tips untuk tidak berjaya... jika anda memang tidak mahu berjaya.. boleh la buat tips tu... manakala anda yang nak berjaya... jangan sesekali buat..

jika anda buat.. itu tandanya anda meletakkan diri anda untuk tidak berjaya..

faham ke faham??

Tiada ulasan:

Permulaan Membuka Kedai Nurraysa

 Hai.. Assalamualaikum.. Salam Sejahtera.. Alhamdulillah.. pada 30 Mei 2023 bermulanya saya dapat Kunci kedai dan memulakan Bisnes dengan ad...