Langkau ke kandungan utama

Susahnya Jadi Introvert… Tetapi Inilah Jalan Saya Menjaga Diri



Susahnya Jadi Introvert… Tetapi Inilah Jalan Saya Menjaga Diri

Pernah tak rasa… penat sangat berada di tengah ramai orang?
Rasa macam tenaga disedut sedikit demi sedikit hanya kerana perlu berbual dan bergaul dengan semua orang?

Saya faham... sebab saya sendiri seorang introvert.
Bukan tak suka orang. Bukan sombong. Tapi memang lebih selesa diam, bercakap bila perlu, dan hanya berbual bila orang lain sudi dan ikhlas berbual.

Saya bukan jenis yang pandai ‘masuk’ dengan semua suasana.
Keramaian buat saya rasa sesak. Topik-topik kosong buat saya rasa… tak mahu teruskan perbualan. Saya lebih selesa dengan sunyi yang tenang daripada suara yang bising tapi kosong.

Bagi saya, setiap masa itu ada nilainya.
Saya tak mahu isi dengan cerita orang, dengan gosip, dengan benda yang buat hati makin gelap.
Saya jaga percakapan kerana saya tahu, lidah ini boleh jadi asbab pahala atau dosa.

Sebagai wanita Muslimah, saya belajar untuk menjaga diri dari apa yang Allah tak suka.
Bukan mudah, tapi itu perjuangan.
Diam saya bukan bermakna lemah, tapi saya sedang kuatkan hati untuk terus istiqamah.

Kalau awak juga rasa seperti saya… ketahuilah, awak tidak bersendirian.
Jadilah diri sendiri. Jangan paksa diri jadi orang lain semata-mata nak ‘fit in’.
Yang penting, kita hidup untuk redha Allah, bukan pujian manusia.


Ulasan