π Seronok Dapat Kembali Terlibat Dengan Sekolah! π
Bila terlibat semula dalam aktiviti sekolah baru-baru ini… rasa rindu tu datang semula. π₯Ή
Sebenarnya ini bukan pengalaman baru bagi mami — dulu mami pernah jadi guru sementara di Sekolah Rendah Cahaya Baru, Masai. Memegang jawatan sebagai Guru Kelas memang mendekatkan lagi mami dengan murid-murid.
Sejak dari sekolah rendah lagi mami memang aktif sangat dalam aktiviti kokurikulum… mendaki gunung, berkhemah dan terlibat banyak aktiviti luar kelas.
Jadi bila sekarang terlibat dalam program di Tourism Activity Center (TAC), memang dekat sangat di hati mami. ❤️
Cuma… bila dah berkahwin dan ada anak, mami ambil keputusan untuk fokus sepenuhnya pada keluarga kecil mami dulu. Suami dan anak-anak sememangnya keutamaan mami selepas berkahwin.
Tapi sesekali bila diberi peluang, hati ini tetap berbunga bila dapat bantu dan berbakti walaupun sekejap. πΌ
Moga terus diberi ruang dan kekuatan untuk menyumbang walaupun dengan cara berbeza.
#MamiNorita #KembaliBerbakti #AktifBersamaAnakSekolah #TourismActivityCenter #Vecamp #DariHatiSeorangIbu
Ulasan