Ramai wanita hari ni terlalu fokus pada hasil akhir — kulit flawless, bibir merah delima, pipi glowing. Tapi lupa satu benda paling asas…
HALAL kah produk yang kita sapu hari-hari tu?
❌ Ada lipstik guna bahan dari lemak babi.
❌ Ada skincare guna ekstrak yang diragui statusnya.
❌ Ada maskara & eyeliner yang tak sah solat sebab tak telap air!
Sayang… kita jaga sangat bab makanan halal, tapi bila sampai bab makeup dan skincare, kita sambil lewa.
Sedangkan, produk ni diserap terus ke kulit, bahkan boleh masuk ke salur darah!
Allah tengok usaha kita untuk jaga diri.
Jangan kerana nak cantik, kita abaikan soal halal haram.
Tepuk dada, tanya iman.
Cantik yang berkat datang bila kita jaga apa yang Allah suka. 💞
#KosmetikHalal #CantikDenganRedhaAllah #WanitaBerprinsip #FarmasiHalal #MuslimahBermaruah
Ulasan