[Tips untuk memenangi Persaingan dalam Perniagaan]


Hai Assalamualaikum dan selamat petang semua.. 🥰 Ada yg free ke sekarang nie?

Petang ni mami nak share dengan uols tentang :

Tips untuk memenangi Persaingan dalam Perniagaan

Ada yg nak belajar ke?

Ketika mula jual produk baru yang kurang dalam pasaran, kita akan rasa selamat kerana pelanggan hanya beli dari kita sahaja. Tapi bila dah ada pesaing jual produk yang sama, kita mula mengalami mimpi ngeri dalam tidur. Ye lah.. selama ini pelanggan tiada pilihan utk beli dari org lain. Bila dah ada pilihan lain, pelanggan mula boleh buat pilihan.

Banyak bisnes dah gulung tikar sebab kalah dalam persaingan bisnes.

Mula-mula seronok berniaga sebab untung berkali ganda, bila dah ramai pesaing, mula kita putus asa dan buka perniagaan lain. Sebenarnya, ada cara untuk kita menang dalam persaingan ni. 

Berikut adalah tips yg boleh anda lakukan utk bersaing dengan lebih hebat di pasaran :

1️⃣ PERANG HARGA

Jangan terlalu fikir tentang Perang Harga. Tak semua pelanggan peduli dengan harga barang ketika membeli. Fokus untuk beritahu pelanggan dgn jelas tentang nilai tambah yang ada dalam produk kita.

Pembeli sanggup beli walaupun dengan harga mahal jika ianya berbaloi.

2️⃣ JANGAN BUANG MASA

Jual produk kepada pelanggan yang ingin beli produk kita sahaja. Jangan buang masa dengan merayu pengguna yang sememangnya takkan beli produk kita.

Bila anda fokus beri servis kepada pelanggan yang setia, akan ada pelanggan baru yang terpengaruh untuk dapatkan produk anda.

3️⃣ KENAL PRODUK ANDA

Anda mesti tahu baik buruk produk anda. Pengetahuan anda adalah aset mahal dalam bisnes. Abaikan pesaing.

Jika anda faham dan kenal produk anda, tak perlu risau dengan pesaing anda kerana mereka akan tenggelam dalam pasaran secara perlahan-lahan.

Jadi mulakan mencari Leader untuk belajar dan Hadir semua kelas yang disediakan bagi memantapkan lagi ilmu anda.

4️⃣ PESAING BUKAN MUSUH

Jadikan pesaing yang ada sebagai sahabat bukannya musuh. Tidak ada faedah jika anda bermusuh dengan pesaing anda.

Anda bukan sahaja menguatkan networking bisnes malah anda akan lebih faham tentang produk jualan dari perspektif yang berbeza.

5️⃣ YAKIN  DENGAN PRODUK

Yakinlah dengan produk yang anda jual. Bisnes yang berjaya tak akan jadi kiranya produk yang dijual tidak diyakini. Buat sedikit rujukan dan kaji pasaran semasa sebelum memutuskan jenis produk yang ingin anda jual.

Bila berdepan dengan pesaing, jangan mengalah. Anda kena ingat yang produk kita ada kelebihan yang tidak diketahui oleh pesaing anda. Dan pesaing anda juga pasti ada kelemahan dalam bisnesnya..

Jadi, teruskan usaha anda dan buat orang nampak anda... 💪💪💪💪🔥🔥🔥

Ok itu sahaja sharing mami petang nie...

Terima kasih.. 🥰🥰

Tiada ulasan:

Permulaan Membuka Kedai Nurraysa

 Hai.. Assalamualaikum.. Salam Sejahtera.. Alhamdulillah.. pada 30 Mei 2023 bermulanya saya dapat Kunci kedai dan memulakan Bisnes dengan ad...