MAGNET REZEKI


Hai Semua... Assalamualaikum & Selamat Pagi.. 🥰 Hari ini mami nak share topik mengenai *MAGNET REZEKI*

80% Kejayaan datangnya daripada Allah, 

kalau anda bukan beragama Islam, anda boleh ikut kepercayaan anda.

20% je daripada usaha dan tindakan.

====
Apa beza mencari rezeki dengan menjemput rezeki?

Menjemput rezeki
- buat sedikit tapi dapat banyak (80%)

Mencari rezeki 
- buat banyak tapi dapat sikit (20%)

Ramai orang dia silap, dia buat 20% je.

====
Contoh : 
Kalau anda bekerja, anda nak gaji anda naik, dengan siapa yang anda bodek? Boss kan?

Kalau anda nak rezeki, anda kena bodek siapa yang memberi rezeki.

Siapa yang bagi kita rezeki?
Allah.

Jika kalau kita nak Allah suka kita, kita kena 'bodek' / buat baik kepada Allah supaya Allah sayang kita dan Allah boleh beri bila-bila masa je rezeki yang Dia nak bagi.

====
Antara AMALAN-AMALAN MENJEMPUT REZEKI :

1. Cukupkan Solat 5 waktu
- Bila dah cukup, buat awal waktu.

2. Sedekah setiap pagi, setiap hari.

3. Bangun malam / Qiamulail :
   a. Solat Sunat Tahajjud (2 rakaat). Rasullullah SAW bersabda : "Kerjakanlah solat malam sebab itu adalah kebiasaan orang Solihin sebelum kamu, juga suatu jalan untuk mendekatkan diri kepada Tuhanmu, juga sebagai penebus segala amalan buruk, pencegah dari perbuatan dosa dan dapat menghalangi penyakit dari badan". (Riwayat Tirmizi dan Ahmad r.a)

   b. Solat Sunat Istikharah (2 rakaat) Rasulullah SAW bersabda : "Di antara kebahagiaan anak Adam ialah Solat Istikharah (minta pilih) daripada Allah Taala dalam segala urusannya dan diantara kecelakaan anak Adam ialah meninggalkan Solat Istikharah daripada Allah pada urusannya".

   c. Solat Sunat Taubat (2 rakaat).

   d. Solat Sunat 2 rakaat sebelum Subuh (Daripada Aisyah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda : "Dua rakaat sebelum subuh adalah lebih baik daripada Dunia dan seisinya". (Riwayat Muslim)

4. Solat Sunat Dhuha (2 rakaat) "Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya, nescaya diampuni Allah baginya aku segala dosanya walaupun seperti buih di lautan" (Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)

5. Baca Al-Quran, 1 mukasurat 1 hari :
   a. Surah Al-Waqiah
   b. Surah Yasiin
   c. Surah Al-Kahfi
   d. Surah Ar-Rahman
   e. Surah Al Mulk

6. Selawat ke atas Nabi Muhammad SAW sebanyak 1000 kali sehari (Sabda Rasulullah SAW : "Barangsiapa yang berselawat ke atasku sekali, nescaya Allah akan turunkan rahmat ke atasnya 10 kali ganda" (HR Muslim).

7. Istighfar 100 kali (Bersihkan dosa-dosa)

8. Jaga hubungan kita dengan Mak Ayah (kunci / keramat hidup)

9. Bagi sedikit untung bisnes kepada Mak Ayah (jangan tunggu banyak baru nak bagi)

10. Mandi Garam Bukit (Apa, khasiat, cara bancuh, cara mandi)

Ada banyak lagi amalan-amalan menjemput rezeki yang anda boleh buat, tapi as a start anda boleh amalkan amalan-amalan menjemput rezeki yang disebutkan tadi.

Kalau solat belum cukup, cukupkan dulu.
Then improve untuk solat awal waktu pulak.

Insha'Allah keberkatan akan start datang bila kita start jaga hubungan kita dengan Allah.

Rasulullah SAW telah bersabda : "Amalan yang disukai oleh Allah, adalah yang terus menerus (istiqamah) walaupun sedikit." (Riwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Aisyah)

Siapa sudah baca... Komen "Done baca"

Tiada ulasan:

Permulaan Membuka Kedai Nurraysa

 Hai.. Assalamualaikum.. Salam Sejahtera.. Alhamdulillah.. pada 30 Mei 2023 bermulanya saya dapat Kunci kedai dan memulakan Bisnes dengan ad...