Langkau ke kandungan utama

Catatan

Susahnya Jadi Introvert… Tetapi Inilah Jalan Saya Menjaga Diri

Susahnya Jadi Introvert… Tetapi Inilah Jalan Saya Menjaga Diri Pernah tak rasa… penat sangat berada di tengah ramai orang? Rasa macam tenaga disedut sedikit demi sedikit hanya kerana perlu berbual dan bergaul dengan semua orang? Saya faham... sebab saya sendiri seorang introvert. Bukan tak suka orang. Bukan sombong. Tapi memang lebih selesa diam, bercakap bila perlu, dan hanya berbual bila orang lain sudi dan ikhlas berbual. Saya bukan jenis yang pandai ‘masuk’ dengan semua suasana. Keramaian buat saya rasa sesak. Topik-topik kosong buat saya rasa… tak mahu teruskan perbualan. Saya lebih selesa dengan sunyi yang tenang daripada suara yang bising tapi kosong. Bagi saya, setiap masa itu ada nilainya. Saya tak mahu isi dengan cerita orang, dengan gosip, dengan benda yang buat hati makin gelap. Saya jaga percakapan kerana saya tahu, lidah ini boleh jadi asbab pahala atau dosa. Sebagai wanita Muslimah, saya belajar untuk menjaga diri dari apa yang Allah tak suka. Bukan mudah, t...

✨ Perbezaan Farmasi Turki vs Produk Local

✨ Perbezaan Farmasi Turki vs Produk Local 1. Asal Produk : 🇹🇷 - Dihasilkan di Turki, jenama global yang sudah lebih 70 tahun 🇲🇾 - Buatan tempatan, diasaskan oleh orang tempatan 2. Skala Perniagaan   🇹🇷 - Antara Top 30 Syarikat Jualan Langsung Dunia (DSN Global 100) 🇲🇾 - Fokus pasaran Malaysia dengan pendekatan mesra wanita suri rumah 3. Kualiti & Teknologi 🇹🇷 - Gunakan teknologi Eropah, standard GMP antarabangsa, R&D sendiri 🇲🇾 - Standard tempatan, fokus pada bahan semula jadi & sunnah 4. Rangkaian Produk 🇹🇷 - Lengkap – Skincare, Makeup, Haircare, Bodycare, Supplement, Homecare 🇲🇾 - Fokus kepada Skincare, Makeup dan Produk Sunnah 5. Harga Produk 🇹🇷 - Mid-range to premium – sesuai untuk wanita berduit & profesional 🇲🇾 - Affordable – sesuai untuk golongan suri rumah dan B40 6. Sasaran Pengguna 🇹🇷 - Wanita bekerjaya, wanita moden, golongan yang menjaga penampilan & yakin diri 🇲🇾 - Suri rumah, wanita yang baru belajar jaga diri atau sedang b...

🌟 Seronok Dapat Kembali Terlibat Dengan Sekolah! 🌟

🌟 Seronok Dapat Kembali Terlibat Dengan Sekolah! 🌟 Bila terlibat semula dalam aktiviti sekolah baru-baru ini… rasa rindu tu datang semula. 🥹 Sebenarnya ini bukan pengalaman baru bagi mami — dulu mami pernah jadi guru sementara di Sekolah Rendah Cahaya Baru, Masai. Memegang jawatan sebagai Guru Kelas memang mendekatkan lagi mami dengan murid-murid. Sejak dari sekolah rendah lagi mami memang aktif sangat dalam aktiviti kokurikulum… mendaki gunung, berkhemah dan terlibat banyak aktiviti luar kelas. Jadi bila sekarang terlibat dalam program di Tourism Activity Center (TAC), memang dekat sangat di hati mami. ❤️ Cuma… bila dah berkahwin dan ada anak, mami ambil keputusan untuk fokus sepenuhnya pada keluarga kecil mami dulu. Suami dan anak-anak sememangnya keutamaan mami selepas berkahwin. Tapi sesekali bila diberi peluang, hati ini tetap berbunga bila dapat bantu dan berbakti walaupun sekejap. 🌼 Moga terus diberi ruang dan kekuatan untuk menyumbang walaupun dengan cara berbeza. #...

**Kelebihan Bisnes Farmasi untuk Masa Sekarang

** Kelebihan Bisnes Farmasi untuk Masa Sekarang 1. Produk Halal & Selamat Digunakan Muslimah    Farmasi adalah antara jenama antarabangsa yang mengutamakan *halal*, bebas alkohol dan tidak diuji ke atas haiwan. Sesuai untuk wanita Muslimah yang menjaga batas dan mahukan produk yang diyakini bersih. 2. Permintaan Tinggi untuk Skincare & Makeup Mesra Wuduk    Semakin ramai wanita mula sedar tentang penjagaan kulit dan kecantikan yang tidak melanggar syariat. Produk Farmasi yang ringan, tidak tebal dan tidak menyumbat pori sangat sesuai untuk wanita yang aktif dan menjaga solat. 3. Modal Rendah, Keuntungan Berbaloi    Tanpa perlu simpan stok, tanpa perlu kedai fizikal, anda dah boleh jana pendapatan sendiri dari rumah. Margin keuntungan 30% - 50%.  Lebih tinggi berbanding produk biasa di pasaran. 4. Sokongan Team & Sistem Online yang Kemas    Farmasi bukan hanya jual produk — kita bina sistem sokongan. Ada training, coach...

Mari niat bekerja hari ini sebagai satu ibadah. 💪🏼✨

🌞 Assalamualaikum dan Selamat Pagi sahabat yang Dikasihi Allah 🌿 Alhamdulillah, kita masih diberi nafas, masih diberi peluang untuk terus berjuang membawa manfaat dan membantu lebih ramai wanita tampil yakin dan menjaga diri dengan cara yang halal dan selamat. 🤲🏼 Doa pagi ini: “Ya Allah, permudahkan setiap urusan kami, luaskan pintu rezeki kami, dan jadikan kerja kami sebagai ibadah yang Engkau redhai.” ✨ Ingat, kita bukan sekadar menjual produk – kita sedang menyebarkan nilai, membina keyakinan, dan membawa barakah dalam setiap langkah. 💎 Teruskan melangkah dengan semangat, niat yang bersih dan hati yang ikhlas. Rezeki bukan hanya datang dari hasil jualan, tapi dari doa, usaha dan keberkatan. 📿 “Barangsiapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya.” (Surah At-Talaq: 3) Semoga setiap langkah hari ini diberkati, dilapangkan rezeki dan dipermudahkan urusan.  Mari niat bekerja hari ini sebagai satu ibadah. 💪🏼✨