Langkau ke kandungan utama

Viral Isu Buruknya Bisnes Networking – Realiti atau Salah Faham?



Baru-baru ini, tular satu posting daripada seorang usahawan jenama terkenal yang memberikan pandangan agak keras terhadap industri bisnes berasaskan networking. Panjang lebar ulasannya. Sebagai seseorang yang kini juga berada dalam industri yang sama bersama jenama FARMASi, saya rasa terpanggil untuk berkongsi perspektif saya.

“Industri Ini Kayakan Orang Atas Sahaja?”

Jujur saya katakan, persepsi sebegini memang biasa kita dengar. Sewaktu saya memaklumkan kepada ahli keluarga bahawa FARMASi bakal beralih dari model retail ke model networking, antara reaksi pertama yang saya terima ialah:

“MLM ni bagi orang atas je kaya.”

Namun saya terus menjelaskan:

“Tak. FARMASi tak macam tu. Dalam FARMASi, siapa yang buat – dia yang dapat. Tak kira dia di atas atau di bawah.”

Memang tak dinafikan, reputasi industri networking atau jualan langsung di Malaysia agak tercalar kerana terlalu banyak syarikat yang mengambil kesempatan – menggunakan ‘lesen’ Direct Selling semata-mata untuk mengaut keuntungan tanpa mengikut lunas undang-undang.

Networking yang Betul vs. Networking yang Menipu

Bagaimana nak kenal pasti bisnes networking itu sah, atau hanya sekadar perangkap?

Berikut antara red flags yang perlu anda tahu:

🚩 Yuran Penyertaan Terlalu Mahal

Mengikut Akta Jualan Langsung Malaysia, yuran penyertaan tidak boleh melebihi RM100. Jika anda jumpa mana-mana syarikat yang hanya tawarkan pakej RM200 ke atas, tanpa pilihan di bawah RM100, itu tanda perlu berjaga-jaga.

🚩 Komisen ‘Orang Atas’ Terlalu Tinggi

Contoh: Join RM199, orang atas dapat RM80. Atau, join RM7000, komisen orang atas RM3000. Ini bukan lagi bisnes produk – ini adalah head hunting, yang dilarang sama sekali dalam Akta Jualan Langsung. Jangan terperangkap dengan bisnes yang ‘jual orang’, bukan jual produk.

🚩 Fokus Pada Pelan, Bukan Produk

Bisnes jualan langsung sebenar memfokuskan produk – bukan plan semata. Jika satu-satunya perkara yang leader cerita hanyalah tentang pelan pampasan dan bukan produk yang dijual, itu tanda ada yang tidak kena. FARMASi mengangkat produk sebagai asas utama – bukan hanya janji-janji pelan.

🚩 Disuruh Buat Loan Besar Untuk Join

Ada syarikat suruh buat loan RM30,000 kononnya untuk jadi ‘stokis’, siap dengan panel bank. Ini sangat membahayakan. Jangan tambah hutang untuk sesuatu yang belum pasti. Mulakan kecil, belajar dulu. Bisnes bukan tentang jadi kaya cepat.

🚩 Untung Tak Masuk Akal Tanpa Buat Apa-Apa

Konsep “labur RM30k, tiap bulan dapat RM3k selama 24 bulan” kedengaran terlalu bagus untuk jadi kenyataan. Biasanya awal-awal nampak manis, tetapi akhirnya... syarikat ‘dilanda masalah’ dan duit tak masuk lagi. Hati-hati dengan skim begini.


Kenapa Saya Tetap Pilih FARMASi?

Sepanjang penglibatan kami dalam industri ini, kami jumpa macam-macam ragam. Tapi apa yang membezakan FARMASi adalah nilai dan prinsip yang kami pegang bersama:

🟢 Do It Differently
Kami buat sesuatu yang berbeza. Bukan ikut acuan MLM biasa.

🟢 The Best Manners
Adab dalam bisnes sangat penting. Hormat antara team, pelanggan, dan HQ sentiasa diutamakan.

🟢 Always Upgrading Knowledge
Ilmu adalah asas. Kami galakkan semua ahli untuk belajar tanpa rasa cukup pandai.

🟢 Uphold Relationship
Kami percaya, menjaga hubungan sesama manusia membuka pintu rezeki dari Allah SWT.

🟢 Perseverance in Business
Bisnes ini bukan jalan singkat. Kena sabar, konsisten dan terus memperbaiki diri.


Kesimpulan: Pisau Itu Tak Salah, Tapi Cara Guna Yang Tentukan

Industri networking ini sebenarnya sangat membantu ramai orang untuk mulakan bisnes dengan modal kecil. Tapi apabila konsep ini disalahgunakan oleh sesetengah pihak, habis rosak keseluruhan reputasi.

Sama seperti pisau – ia boleh digunakan untuk siang ikan, tapi juga boleh mencederakan orang kalau disalah guna.

Jadi, sebagai pengguna dan usahawan, jadilah lebih bijak dalam membuat pilihan. Jika anda sedang mencari syarikat bisnes networking yang sah, beretika dan memberi fokus kepada produk serta pembangunan diri — FARMASi adalah pilihan yang tepat.


Jika anda suka artikel ini, kongsikan pada orang lain supaya lebih ramai yang tahu beza antara networking yang betul dan networking yang memerangkap.




Ulasan