Pagi tadi, saya sempat menghantar anak ke rumah kawannya. Kebetulan bertemu dengan makcik kepada kawannya dan kami pun berborak seketika. Dalam perbualan itu, dia menyebut yang dia sebenarnya memang pengguna setia produk dari bisnes lama saya. Malah, katanya dia biasa beli dengan salah seorang team saya dahulu.
Tapi sejak munculnya TikTok Shop dan pelbagai platform online lain, dia mula beli terus dari sana. Katanya lebih murah, ada free shipping, lebih senang.
Jujurnya, hati saya sayu. Saya terbayang wajah-wajah team saya yang dulunya bersemangat menjual produk, yang dulunya ada pendapatan tetap dari bisnes tersebut. Kini makin ramai yang kehilangan pelanggan kerana platform besar mengambil alih, dan mereka tidak lagi mampu bersaing dari segi harga.
Itulah antara sebab besar saya beralih ke bisnes FARMASi. Bukan kerana kecewa semata, tetapi kerana saya mahu cari jalan baru untuk bantu team saya bina semula pendapatan mereka. Saya nampak potensi besar dalam FARMASi untuk memberi peluang lebih baik kepada wanita-wanita yang masih setia dan berjuang dalam bisnes.
Sebagai seorang leader, saya tak sanggup melihat anak-anak team saya hilang semangat dan hilang sumber pendapatan. Mereka ini setia. Mereka bertahan bertahun-tahun. Tapi, bila sistem sering berubah, komisen makin berkurang, produk ada yang tak bergerak, jualan lelong tanpa PV... team jadi penat dan kecewa.
Saya tidak mahu mereka terus rasa begitu. Saya mahu jadi orang yang membuka jalan baru.
Mami sayang sangat team mami. Bukan sebab mereka bantu saya buat jualan, tapi kerana saya nampak setiap daripada mereka ada impian yang besar untuk bahagiakan keluarga. Saya mahu mereka tahu bahawa mereka tak keseorangan.
Saya masih di sini.
Masih mahu bantu.
Masih mahu bimbing.
Masih percaya, kita boleh berjaya sama-sama.
Kita boleh tukar jenama, tapi jangan pernah tukar impian.
Kalau satu pintu tertutup, buka pintu yang lain.
Selagi niat kita jelas — untuk bantu keluarga, untuk bina kehidupan yang lebih baik — jangan berhenti.
Kenapa kita mula buat bisnes dulu?
Kenapa kita teruskan sampai sekarang?
Tepuk dada, tanya hati sendiri.
Kalau anda sedang mencari arah baru, peluang baru, dan seorang leader yang benar-benar mahu bimbing anda hingga berjaya, saya di sini.
Jom kita bina sesuatu yang baru, tapi tetap berpijak pada impian yang sama.
Ulasan