Langkau ke kandungan utama

Pernah Give Up Ada Team… Tapi FARMASi Buka Sinar Baru



Pernah tak rasa letih sangat dalam bisnes?

Letih bukan sebab tak ada usaha…
Tapi letih sebab terlalu banyak hati yang kita jaga, terlalu kuat kita cuba bina sesuatu yang akhirnya… hilang begitu sahaja.

Itulah yang mami lalui dulu.

Mami pernah ada team. Pernah beri sepenuh hati, masa dan tenaga untuk bantu mereka naik sama-sama. Tapi, bila satu persatu hilang, bila semangat mula kendur dan yang tinggal cuma diri sendiri, mami rasa...
Cukuplah. Mungkin mami bukan untuk dunia bisnes berpasukan.

Paling mami takut, bila ada 'orang atasan' yang hanya tahu tekan, suruh dan paksa — tapi tak pernah benar-benar faham apa yang berlaku di bawah. Makin lama, makin berat rasanya nak teruskan perjuangan macam tu. Mami jadi tawar hati.

Tapi Allah itu Maha Membolak-balikkan hati manusia.

Tanpa mami sangka, Allah pertemukan mami dengan satu jenama — FARMASi.

Pada awalnya mami tak letak harapan pun. Mami cuma nak cuba… itu saja. Tapi dari hari ke hari, mami mula rasa sesuatu yang sangat berbeza. FARMASi bukan sekadar produk, bukan sekadar jualan. Ia adalah sebuah peluang baru.
Peluang untuk bermula dengan lebih bijak.
Peluang untuk bina bisnes dengan sistem yang tersusun.
Dan paling penting… peluang untuk bersama dengan manusia yang faham, ikhlas, dan benar-benar mahu kita berjaya.

Maka mami bangkit semula. Walaupun bermula dari seorang diri.
Tanpa team. Tanpa sokongan sesiapa.
Tapi dengan satu keyakinan — kalau niat mami betul, Allah pasti bantu.

Mungkin team lama itu bukan milik mami.
Mungkin Allah nak gantikan dengan team baru yang lebih bersemangat, lebih berkualiti, lebih kuat daya juangnya.

Dan hari ini, mami mula nampak jalannya.

🌱 Bila kita yakin dengan perancangan Allah, tak ada apa pun yang sia-sia.
🌟 Setiap kehilangan, ada gantinya.
🕊️ Setiap kekecewaan, ada hikmahnya.

Jika mami pernah boleh bangkit dari kosong, mami percaya… anda pun boleh.
Jangan pernah padam harapan — kerana sinar itu akan muncul… bila tiba waktunya.


Kalau anda pernah rasa give up dalam bisnes, dan sedang mencari ruang untuk bangkit semula… mungkin FARMASi adalah peluang kedua yang Allah hantar untuk anda.
Jangan tolak sebelum cuba.

📩 DM mami jika anda mahu tahu lebih lanjut tentang perjalanan ini.
Kita mula perlahan, tapi kita akan sampai… dengan izin-Nya.

klik Di sini

#FarmasiJourney
#BangkitSemula
#TeamFarmasiNorita
#PerjalananDariHati




Ulasan