“Untuk menjaga maruah jenama dan rezeki setiap usahawan yang berkongsi.”
Jika anda aktif di TikTok atau Shopee, pasti anda pernah lihat trend “unboxing beg kuning” atau jualan murah besar-besaran dalam beg oren.
Namun, bagi produk FARMASi, anda mungkin tertanya:
Kenapa tak ada video unboxing beg kuning FARMASi?
Kenapa FARMASi tak dijual di Shopee, TikTok Shop, atau Lazada?
Kenapa tak boleh jual sesuka hati?
Jawapannya mudah:
Kerana FARMASi adalah jenama yang berintegriti dan menjaga rezeki setiap pengedarnya.
💼 1. FARMASi Mempunyai Sistem Jualan Eksklusif
FARMASi tidak menggunakan kaedah jualan terbuka seperti marketplace biasa. Sebaliknya, mereka memilih sistem ‘pengedaran berdaftar’ (Registered Consultant System).
✔️ Produk hanya boleh dibeli dari ejen sah yang berdaftar
✔️ Harga produk dikawal untuk elak manipulasi harga
✔️ Pelanggan dapat konsultasi & servis selepas jualan secara langsung dari ejen
Ini untuk jaga nilai jenama dan elak produk dijual murah tanpa ilmu.
🛍️ 2. Elak Produk Dijual Secara Tidak Bertanggungjawab
Trend buka beg kuning di TikTok selalunya disertai dengan:
❌ Jualan harga runtuh
❌ Tiada konsultasi
❌ Tiada bimbingan kepada pelanggan
❌ Produk kadang-kadang dicampur barangan tiruan
FARMASi TIDAK MAHU perkara ini berlaku.
Sebab itu mereka TEGAS:
Produk tidak dibenarkan dijual secara terbuka di platform e-dagang.
🤝 3. Jaga Rezeki Semua Ejen dan Konsultan
Bayangkan anda seorang wanita yang baru nak mula berniaga dengan FARMASi. Anda usaha bina keyakinan, buat live, beri konsultasi, melabur masa untuk branding…
Tiba-tiba ada orang lain jual murah di Shopee atau TikTok Shop tanpa sebarang servis, hanya nak habiskan stok.
✅ Adil tak?
✅ Patut tak?
Sebab itulah FARMASi tak benarkan aktiviti seperti ini – untuk JAGA REZEKI semua ahli.
🛡️ 4. FARMASi Lindungi Nama Baik & Kepercayaan Pelanggan
Bila produk dijual tanpa kawalan, banyak risiko berlaku:
❌ Produk tamat tempoh dijual semula
❌ Produk palsu dicampur dengan produk original
❌ Harga terlalu murah = pelanggan hilang kepercayaan
FARMASi jaga jenama dengan serius.
Mereka mahu pelanggan yakin setiap kali beli – dari siapa pun – mereka akan dapat:
✔️ Produk original
✔️ Servis berkualiti
✔️ Bimbingan selepas pembelian
✨ Kesimpulan
FARMASi bukan sekadar jenama kecantikan – ia adalah sistem yang menjaga nilai, maruah dan rezeki semua pengedarnya.
Sebab itu mereka TEGAS melarang jualan terbuka di Shopee, TikTok Shop, Lazada atau unboxing beg kuning yang tidak dikawal.
💬 “Kalau semua orang boleh jual sesuka hati, bisnes jadi tidak sihat. Tapi bila kita kawal – semua orang dapat merasa rezeki yang adil.” – Mami Norita
Nak jadi pengguna FARMASi yang sah & dapat servis penuh dari konsultan berdaftar?
Atau nak mula jana pendapatan dengan sistem yang jujur & beretika?
📲 WhatsApp saya “JOIN FARMASi” sekarang untuk info lanjut, pendaftaran dan bimbingan dari A-Z.
Ulasan