Langkau ke kandungan utama

Apabila Orang Tak Percaya Kita – Apa Akibatnya?



Dalam hidup ini, ada masa kita bersungguh-sungguh buat sesuatu.

Kita letak usaha, masa, tenaga…
Tapi akhirnya, kita berdepan dengan satu perkara yang menyakitkan hati:

Orang tak percaya kita.

Tak percaya apa yang kita buat.
Tak percaya niat kita.
Tak percaya kebolehan kita.

Dan hakikatnya, ketidakpercayaan ini datang dalam pelbagai bentuk – daripada keluarga sendiri, kawan-kawan, pelanggan, prospek bisnes, dan kadang-kadang… dari diri sendiri.

Mari kita selami akibatnya bila orang tak percaya.


1. Kita Rasa Tak Layak, Walaupun Kita Mampu

Apabila orang tak percaya kita, secara tak langsung ia boleh membuatkan kita rasa seolah-olah kita tak cukup bagus.
Lama-lama, kita mula persoal diri:

“Aku ni tak layak ke?”
“Kenapa orang lain senang dapat peluang, tapi aku kena buktikan banyak kali?”

Dan jika tidak dikawal, kita sendiri akan berhenti percaya pada diri.
Itulah akibat paling besar: hilang keyakinan diri yang sebelum ini kita bina perlahan-lahan.


2. Kita Jadi Penat Untuk Terus Buktikan Diri

Bila sentiasa perlu buktikan sesuatu kepada orang yang tak percaya, kita jadi letih.
Sebab setiap kali nak buat sesuatu, kita kena ‘melawan’ pandangan negatif orang.
Kita jadi takut salah. Takut silap. Takut dikecam. Takut dikhianati.

Keadaan ini sangat menyesakkan jiwa. Kita mula simpan banyak perkara dalam hati dan… semangat pun perlahan-lahan pudar.


3. Kita Gagal Buka Pintu Rezeki

Kepercayaan adalah asas kepada jual beli, kerjasama, dan peluang.
Kalau pelanggan tak percaya → mereka takkan beli.
Kalau prospek tak percaya → mereka takkan join team.
Kalau orang atasan tak percaya → kita takkan diberi peluang naik.

Tanpa kepercayaan, walaupun kita ada ilmu, produk, atau servis yang bagus… semuanya akan tertahan.
Rezeki akan lambat sampai.


Tapi... Ini Bukan Pengakhiran.

 selalu ingatkan diri sendiri:

“Tak apa kalau orang lain tak percaya… Yang penting, aku sendiri jangan berhenti percaya.”

Kerana dalam dunia ini, ramai orang berjaya bukan kerana awal-awal mereka disokong —
tapi kerana mereka tak berhenti, walaupun tiada siapa yang percaya.

Mereka terus belajar.
Mereka terus bina kredibiliti.
Mereka terus buat, walaupun hanya satu dua orang yang nampak usaha mereka.

Dan akhirnya, kepercayaan itu datang sendiri.


Apa Yang Saya Buat Bila Orang Tak Percaya Saya?

  1. Saya fokus pada yang percaya.
    Daripada bazirkan tenaga yakinkan semua orang, saya utamakan mereka yang betul-betul beri peluang.

  2. Saya buktikan dengan hasil, bukan kata-kata.
    Saya tahu saya tak perlu bising untuk dipercayai. Cukup konsisten, hasil akan bercakap sendiri.

  3. Saya jadikan ketidakpercayaan sebagai cabaran, bukan penghalang.
    Lagi orang sangsi, lagi saya semangat nak buktikan!


Kepercayaan Itu Akan Datang Bila Kita Konsisten

Kalau hari ini masih ramai tak percaya pada Anda… tak mengapa.
Saya pernah juga di situ.

Tapi saya tahu — bila saya terus istiqamah, jujur, dan buat yang terbaik…
Allah akan gerakkan hati orang yang betul.

Dan bila kepercayaan itu sampai, ia akan jadi motivasi paling besar dalam hidup saya.



Anda sedang bina sesuatu tapi tak dapat sokongan?
Jangan putus asa.
Teruskan. Jangan berhenti.
Sebab kejayaan itu milik mereka yang konsisten, bukan mereka yang cepat dipercayai.





Ulasan