1. Mula Dengan Apa Yang Ada
Tak perlu tunggu semua sempurna baru mula.
Guna masa lapang, telefon sendiri, dan ilmu yang ada.
π‘ “Bermula dari dapur rumah, ramai wanita berjaya jana ribuan ringgit. Yang penting – mula dulu.”
2. Pilih Bisnes Yang Sesuai Dengan Gaya Hidup
Pilih bisnes yang fleksibel, boleh dibuat sambil jaga anak & urus rumah.
Contoh:
-
Jual produk kecantikan Farmasi
-
Makanan homemade
-
Servis jahitan dari rumah
-
Bisnes online dropship
3. Gunakan Media Sosial Sebagai Kedai
Facebook, WhatsApp & TikTok adalah "kedai digital" surirumah.
Share cerita, testimoni, dan pengalaman sendiri guna produk.
π± “Kalau boleh scroll FB, maknanya boleh buat duit dari FB juga.”
4. Tulis Jadual Ringkas Harian
Susun waktu antara urus rumah, anak & bisnes.
Contoh:
-
Pagi: Siap sarapan & pos konten
-
Tengah hari: Urus order
-
Malam: Live atau follow up pelanggan
5. Fokus Pada 1 Bisnes Dahulu
Jangan tamak nak buat semua. Pilih 1 dulu dan fokus sampai jadi.
Contoh: Fokus pada Farmasi dulu – skincare, makeup, kopi & teh.
6. Belajar Ilmu Berniaga Walau Dari Rumah
Surirumah pun boleh jadi usahawan hebat.
Guna masa 10–15 minit sehari belajar dari:
-
TikTok Live
-
Grup support
-
Ebook atau PDF dari leader
7. Konsisten Bina Personal Branding
Tak perlu jadi perfect. Jadi diri sendiri, kongsi rutin, kongsi testimoni, dan niat yang baik.
πΈ “Orang beli dengan kita bila mereka kenal, suka dan percaya.”
8. Guna Anak Sebagai Sumber Inspirasi, Bukan Halangan
Anak kecil bukan alasan, tapi semangat.
Tunjukkan pada anak, ibu boleh jadi kuat dan berdikari dari rumah.
9. Sabar, Istiqamah & Doa
Hasil takkan datang dalam sehari dua. Tapi kalau konsisten, insyaAllah rezeki datang dengan cara tak disangka-sangka.
π€² “Ya Allah, cukupkan aku dengan rezeki yang halal, berkat dan tak putus-putus.”
10. Join Komuniti Yang Positif
Jangan jalan sorang-sorang. Cari team yang boleh support, bagi semangat dan ilmu.
Ulasan