Langkau ke kandungan utama

Catatan

🏡✨ 10 Tip Surirumah Nak Mula Berniaga Dari Rumah

1. Mula Dengan Apa Yang Ada Tak perlu tunggu semua sempurna baru mula. Guna masa lapang, telefon sendiri, dan ilmu yang ada. 💡 “Bermula dari dapur rumah, ramai wanita berjaya jana ribuan ringgit. Yang penting – mula dulu.” 2. Pilih Bisnes Yang Sesuai Dengan Gaya Hidup Pilih bisnes yang fleksibel, boleh dibuat sambil jaga anak & urus rumah. Contoh: Jual produk kecantikan Farmasi Makanan homemade Servis jahitan dari rumah Bisnes online dropship 3. Gunakan Media Sosial Sebagai Kedai Facebook, WhatsApp & TikTok adalah "kedai digital" surirumah. Share cerita, testimoni, dan pengalaman sendiri guna produk. 📱 “Kalau boleh scroll FB, maknanya boleh buat duit dari FB juga.” 4. Tulis Jadual Ringkas Harian Susun waktu antara urus rumah, anak & bisnes. Contoh: Pagi: Siap sarapan & pos konten Tengah hari: Urus order Malam: Live atau follow up pelanggan 5. Fokus Pada 1 Bisnes Dahulu Jangan tamak nak buat semua. Pilih 1 dulu dan fokus sampai ...

Hidup ini adalah sebuah perjalanan

  Hidup ini adalah sebuah perjalanan. Sekejap di atas, sekejap di bawah. Ada waktu kita diuji… ada waktu kita dirai. Ada masa kita kuat… ada masa kita lemah. Begitulah putaran hidup. Yang penting, jangan pernah berhenti melangkah. Teruskan usaha, teruskan doa. Rezeki, kebahagiaan dan ketenangan… Akan hadir tepat pada waktunya. 🌸 Ingat… hidup di dunia cuma sementara. Yang kekal adalah amalan dan kebaikan yang kita tinggalkan. #MamiNorita #PerjalananHidup #MotivasiHarian #SharingWithLove

Tips Motivasi & Mindset

Fokus pada usaha setiap hari, jangan tunggu perfect Setiap ‘no’ dekatkan dengan ‘yes’ yang besar Bayangkan kejayaan bila capai - rezeki dan kepuasan Sentiasa berdoa dan usaha bersungguh Ingat, pelanggan beli kerana percaya  Jaga emosi dan kekal positif walau cabaran datang

Beza antara Reseller, Dropship dan Stokis

  💼 1. RESELLER Maksud: Beli produk pada harga agen (lebih murah), kemudian jual semula kepada pelanggan. Ciri-ciri: Kena keluar modal (beli stok) Pegang & simpan produk Pos sendiri kepada pelanggan Untung dari beza harga jual & harga agen Contoh: Beli serum Farmasi RM30, jual RM50 → Untung RM20/botol 📦 2. DROPSHIP Maksud: Jual produk tanpa pegang stok. Bila ada pelanggan, HQ/Stokis yang poskan bagi pihak kita. Ciri-ciri: Tak perlu modal besar Tak simpan stok Fokus promosi je Untung dapat dari komisen atau beza harga Contoh: Pelanggan order dengan Anda → Anda hantar detail ke HQ → HQ yang pos barang 🏬 3. STOKIS Maksud: Pemborong yang ambil stok dalam jumlah besar dari HQ, kemudian supply kepada agen/reseller bawah dia. Ciri-ciri: Perlu modal besar (ambil stok banyak) Simpan stok sendiri Handle agen bawah (ada team) Dapat untung runcit + untung dari agen bawah Contoh: HQ → Stokis → Reseller → Pelanggan Stokis u...

Permulaan Membuka Kedai

 Hai.. Assalamualaikum.. Salam Sejahtera.. Alhamdulillah.. pada 30 Mei 2023 bermulanya saya dapat Kunci kedai dan memulakan Bisnes dengan adanya kedai.. Alhamdulillah.. sudah 2 minggu juga saya menguruskan kedai nie.. dan buka kedai secara konsisten.. Barang hanya gunakan apa yg ada di rumah sahaja.. takde beli perabot dan takde modal yg lain.. sebab untuk deposit kedai sahaja hampir RM2k habis untuk kedai.. Jadi.. sekarang proses untuk mengumpul duit semula untuk dapatkan modal yg lainnya.. Dalam keadaan ekonomi yg agak struggle nie.. meminimumkan pengeluaran adalah yg terbaik.. dalam masa yg sama sentiasa berfikir untuk meningkatkan pendapatan... Perancangan awal hanya memperkenalkan produk dan dan buat lebih ramai tahu tentang keberadaan Kedai.. Proses Marketing hanya melalui Media Sosial buat masa ini.. dan dari masa ke masa akan tambah untuk marketing yg lebih meluas.. Semoga Allah memberkati usaha ini bagi membantu lebih ramai wanita terutama Wanita Islam mendapatkan produk k...