Langkau ke kandungan utama

🔍 Perbezaan 3 Jenis Pembersih Mekap: Mana Yang Sesuai Untuk Kulit & Gaya Mekap Anda?



Nak cuci mekap pun ada ilmunya tau!

Bukan semua pembersih mekap sesuai untuk semua orang. Kalau salah pilih, boleh buat kulit kering, pedih atau tak bersih sempurna. Jadi jom kenali 3 jenis pembersih mekap yang popular — dan mana satu paling sesuai untuk anda.


💎 1. Cleansing Balm – Padu & Melembapkan

✔ Tekstur padat dan pejal, tapi cair bila sentuh kulit.

✔ Banyak kandungan minyak & lilin, kurang air – sebab tu power buang mekap tebal & waterproof!

✔ Sesuai untuk yang selalu pakai foundation, sunscreen tebal, eyeliner kalis air.

✔ Bukan setakat bersih, kulit rasa lembap lepas guna!

⚠️ Cara guna: Sapu rata, urut perlahan, lap dengan tisu dulu – baru bilas.


💧 2. Micellar Water – Ringan & Mesra Kulit Sensitif

✔ Tekstur macam air – super ringan dan lembut.

✔ Sesuai untuk mekap ringan atau untuk bersihkan kulit sebelum tidur.

✔ Tak perlu bilas pun! Sesetengah micellar water (macam yang ada Acai Berry) siap beri kelembapan selepas pakai.

⚠️ Kalau anda jenis suka simple routine – ini pilihan yang terbaik.


🌿 3. Pembersih Mekap Biphasic – Gabungan Minyak + Air

✔ Dua lapisan – minyak & air – kena goncang dulu sebelum guna.

✔ Power tarik keluar mekap tebal atau kalis air (macam maskara waterproof, lip matte, dll).

✔ Kulit rasa bersih tapi tak kering sebab ada oil base.

⚠️ Tapi, kalau kulit anda sensitif terhadap bahan tertentu (contohnya green tea), kena cuba sikit dulu ya.

⚠️ Lepas guna, wajib bilas dengan air bersih.


✅ Mana Satu Sesuai Untuk Anda?

Jenis Kulit / Gaya Mekap      Disyorkan Guna
Mekap tebal, waterproof            Cleansing Balm / Biphasic
Mekap ringan, kulit sensitif            Micellar Water
Suka double cleansing            Micellar Water + Gel Cleanser

Apa pun pilihan anda, langkah pertama untuk kulit cantik adalah bersihkan wajah dengan betul. Jangan tidur dengan mekap ya!

👉 Cuba Pembersih Mekap dari FARMASi – Halal, selamat & berkesan!

📌 Klik sini untuk dapatkan 👉 www.farmasi.my/noritahamid


Dr. C. Tuna Cleansing Balm

Dr. C. Tuna Micellar Cleansing Water 225ml

Bi-Phased Make Up Remover





Ulasan