Dalam dunia perniagaan, ramai yang terlalu fokus nak ‘closing’ sampai takut nak cerita perkara sebenar. Takut customer lari bila tahu harga mahal, atau kos postage tinggi. Tapi hakikatnya… dalam jual beli, yang paling penting ialah kejujuran.
Kenapa kena jujur?
Kerana setiap kali kita berurusan, sebenarnya kita bukan hanya sedang menjual kepada manusia… kita sedang ‘berjual beli’ dengan Allah.
Apa saja info yang kita sampaikan — jujur atau menipu — semuanya dinilai oleh Allah.
Kalau kita menipu atau ‘sorok’ fakta semata-mata nak close sale, masa tu jugalah keberkatan dalam rezeki mula hilang.
Dan bila rezeki tak berkat, kita mula rasa:
🚫 Penat tapi duit tak cukup
🚫 Sale masuk tapi hati tak tenang
🚫 Pelanggan beli sekali saja, tak ulang
Sebab tu, jadilah peniaga yang jujur dan bertanggungjawab.
Yakinlah, rezeki yang datang dari kejujuran itu lebih berkat dan tahan lama.
Dan… ramai yang takut nak jual sebab mereka sendiri tak yakin dengan manfaat produk yang mereka bawa.
Kalau kita dah rasa sendiri kebaikan sesuatu produk, insyaAllah kita akan yakin nak kongsi — walaupun harga premium.
Jangan takut untuk bercakap benar. Jangan takut untuk jujur dalam bisnes.
Rezeki kita, Allah yang bagi.
#BisnesBerkat
#JujurDalamJualBeli
#FarmasiMalaysia
#TeamMamiNorita
Ulasan