Langkau ke kandungan utama

Jangan Putus Asa, Usaha Kita Pasti Ada Hasilnya



Assalamualaikum dan salam kasih sayang buat semua yang sedang membaca.

Saya faham sangat betapa penatnya kita berusaha… kadang sudah habis tenaga, sudah berdoa sehabis mungkin, tapi hasil masih belum kelihatan. Kadang hati terasa lelah, nak give up pun ada.

Tapi percayalah, bukan mudah untuk berjaya. Kalau mudah, semua orang dah sampai ke puncak. Usaha yang kita buat hari ini, walaupun belum nampak di mata manusia, sebenarnya sedang Allah simpan sebagai ‘bekalan’ untuk masa depan kita.

Saya percaya satu perkara:
Allah tidak pernah sia-siakan usaha yang dilakukan dengan niat ikhlas dan penuh sabar.

Bila kita mula rasa putus asa, cuba ingat semula:

  • Kenapa kita mula mula ceburi bidang ini?

  • Apa yang kita nak capai untuk diri dan keluarga?

  • Siapa yang kita mahu bantu dengan hasil usaha kita nanti?

Kadang-kadang, hasil itu datang dalam bentuk yang kita tak sangka. Bukan selalu duit semata-mata. Kadang rezeki itu datang dalam bentuk ketenangan hati, ilmu yang bertambah, hubungan yang baik, dan peluang yang Allah buka di depan mata.

Jangan takut untuk terus bergerak. Jangan biar rasa lelah dan kecewa menguasai hati. Kita buat kerja ni bukan untuk manusia semata, tapi untuk redha Allah.

In shaa Allah, setiap usaha kita akan membuahkan hasil pada waktu yang tepat. Jangan mudah putus asa. Kalau belum nampak hasil hari ini, mungkin esok, minggu depan, bulan depan — Allah dah sediakan sesuatu yang lebih baik.

Teruskan usaha, teruskan berdoa, dan teruskan yakin.
Sebab kita bukan biasa-biasa. Kita 1%.

Semoga perkongsian kecil ini beri semangat baru untuk kita semua yang sedang berjuang.



Ulasan