Ya Allah…
Aku penat hari ini. Penat zahir, penat batin.
Tapi aku tahu, Kau nampak setiap titis air mataku, setiap degupan jantungku yang risau, setiap usaha yang aku dah cuba.
Malam ini aku serahkan segalanya kepadaMu…
Uruslah apa yang aku tak mampu urus.
Lunaskan apa yang aku tak mampu bayar.
Tenangkan apa yang aku tak mampu hadapi.Aku maafkan diriku…
Kerana tak dapat jadi sempurna.
Kerana tak dapat bagi semuanya untuk semua orang.
Aku cuma manusia. Tapi aku tahu, aku insan yang Kau sayang.
πΏ Aku sedang sembuh.
πΏ Aku sedang tenang.
πΏ Rezekiku akan datang.
πΏ Jalan keluar sedang Allah buka satu-satu.
πΏ Dan aku… akan terus kuat. Dengan izinMu Ya Allah.π Baca perlahan-lahan. Boleh ulang 2-3 kali. Lepas tu tarik nafas panjang dan benarkan diri tidur… tanpa rasa bersalah.
Malam ni bukan tentang “nak jadi lebih baik” —
Tapi nak jadi lebih tenang.
Ulasan