Kadang-kadang kita tak perlu tunggu sehari suntuk untuk buat perubahan besar.
Cukup 1 jam sehari, fokus pada perkara yang betul.
Pagi ini, saya tulis 5 perkara utama yang patut diberi perhatian — untuk bantu kita terus bertumbuh, kukuhkan jenama & bina bisnes yang mampan.
1. Bangunkan Kepakaran – Future-Proof Skill
Jangan terlalu fokus pada tren semasa, tapi bangunkan kemahiran yang akan terus relevan untuk 5–10 tahun ke hadapan.
👉 Contoh: storytelling, leadership, pengurusan emosi, penulisan, strategi pemasaran.
Kemahiran ni tak lapuk dek zaman.
2. Selesaikan Satu Masalah – Guna Formula SIAP
Nak bisnes kekal lama?
Selesaikan satu masalah sebenar.
Guna formula SIAP untuk tentukan tawaran kita:
-
Sasaran – siapa yang kita bantu
-
Isu – masalah sebenar yang mereka hadapi
-
Alatan – solusi atau produk kita
-
Pendapatan – hasil untuk mereka & kita
Simple, tapi powerful bila kita betul-betul fokus bantu.
3. Belajar Menulis Dengan Jelas & Mudah Faham
Orang tak beli sebab kita pandai…
Orang beli sebab mereka faham apa yang kita cakap.
👉 Latih menulis mesej yang ringkas, tepat dan menyentuh hati.
Tak perlu guna ayat bombastik, cukup jujur dan relevan.
4. Berlatih Selling Without Telling
Bila kita terlalu push, orang lari.
Tapi bila kita bantu, bercerita dan berkongsi — jualan datang dengan sendiri.
💡 Ceritakan nilai.
💡 Kongsikan testimoni.
💡 Tunjukkan transformasi.
Jadikan tawaran kita mudah difahami, dirasai, dan dipercayai.
5. Post Online Setiap Hari Tanpa Mungkir
Story branding + Story positioning — ini kunci.
Bukan hanya post produk. Tapi:
-
Siapa kita bantu
-
Apa perubahan kita bawa
-
Kenapa orang patut percaya kita
📌 Satu post sehari = 365 peluang setahun untuk bina pengaruh & kepercayaan.
Cukup 5 poin ini untuk sejam pagi anda.
Tak banyak. Tapi kalau buat konsisten, impaknya besar. 💥
Ulasan