4 Sebab Mata Dijangkiti

Antara Penyebab Terjadinya Kesan Jangkitan Daripada Solekan Mata:

1. Kerap berkongsi alat solekan mata, contohnya kawan anda gunakan atau berkongsi dengan adik-beradik.

2. Menggunakan alat solekan yang telah tamat tempoh. Ini tidak sepatutnya berlaku, mungkin bakteria akan membiak.

3. Membeli alat solekan yang berkualiti rendah. Anda perlu berjaga-jaga kerana kulit mata adalah sensitif, jadi anda perlu menitik beratkan jenama solekan anda.

4. Tidak mematuhi arahan pemakaian solekan. Anda perlu baca dahulu cara-cara pemakaian yang betul di kotak pembelian atau mendapat khidmat nasihat dari pakar.

Langkah Mengatasi Jangkitan Daripada  Solekan Mata:

 – Menggunakan alat solekan yang berkualiti, sebaik-baiknya jangan bersolek setiap hari. Mata anda juga inginkan rehat.

– Buang alat solekan yang telah luput tarikhnya. Ini adalah langkah berjaga-jaga untuk kesihatan mata anda juga.

– Pastikan pensil mata sentiasa diasah dengan baik. Jangan biarkan kayu pensil terkena mata dan melukakan kulit mata anda.

– Hentikan solekan mata jika anda mengalami sakit mata. Basuh muka anda sehingga bersih.

– Cuci tangan sekerap mungkin dan elak menyentuh mata ketika anda sakit mata. Jangan menggosok mata anda terlalu kuat. Anda boleh gunakan ‘wet tissue’ yang tiada pewangi untuk bersihkan mata anda.

– Jangan berkongsi alat solekan dengan orang lain, termasuk berus, tuala tangan atau kaca mata hitam. Kemungkinan bakteria akan merebak ke mata anda.

– Rehatkan mata sekerap mungkin. Anda boleh tekap mata dengan tuala atau kapas bersih yang lembap ataupun dengan uncang teh.

– INGAT!! Bersihkan solekan mata sebelum tidur. Gunakan pembersih muka dengan berhati-hati kerana mata akan menjadi merah apabila terkena pembersih muka anda.

– Jangan guna air liur untuk ‘menghilangkan’ kesan solekan apabila tersalah pakai kerana air liur mengandungi banyak bakteria.

– Pakai kanta lekap terlebih dahulu sebelum menggenakan solekan mata.

Share this:

Tiada ulasan:

Permulaan Membuka Kedai Nurraysa

 Hai.. Assalamualaikum.. Salam Sejahtera.. Alhamdulillah.. pada 30 Mei 2023 bermulanya saya dapat Kunci kedai dan memulakan Bisnes dengan ad...