Antara Penyebab Terjadinya Kesan Jangkitan Daripada Solekan Mata: 1. Kerap berkongsi alat solekan mata, contohnya kawan anda gunakan atau berkongsi dengan adik-beradik. 2. Menggunakan alat solekan yang telah tamat tempoh. Ini tidak sepatutnya berlaku, mungkin bakteria akan membiak. 3. Membeli alat solekan yang berkualiti rendah. Anda perlu berjaga-jaga kerana kulit mata adalah sensitif, jadi anda perlu menitik beratkan jenama solekan anda. 4. Tidak mematuhi arahan pemakaian solekan. Anda perlu baca dahulu cara-cara pemakaian yang betul di kotak pembelian atau mendapat khidmat nasihat dari pakar. Langkah Mengatasi Jangkitan Daripada Solekan Mata: – Menggunakan alat solekan yang berkualiti, sebaik-baiknya jangan bersolek setiap hari. Mata anda juga inginkan rehat. – Buang alat solekan yang telah luput tarikhnya. Ini adalah langkah berjaga-jaga untuk kesihatan mata anda juga. – Pastikan pensil mata sentiasa diasah dengan baik. Jangan biarkan kayu pensil terkena mata...
Perunding Kecantikan Wanita Muslimah