testimoni TWC Nurraysa

 Kita uppp kat uolls testimoni TWC Nurraysa 😍😍 semuanyaaa feedback yang best best. Paling best feedback nampak glowinggg 😍😍😍









Besttt sngat2 uollllls TWC ni kann
Konfemmm pelolesss gebuuu gebasss uollllsss 😍😍











5 BAHAN UTAMA MIRCALE TWO WAY CAKE NURRAYSA

 



5 BAHAN UTAMA

yg mmg penting utk bagi kulit uolllss sntiasa terjaga walaupon makeup, bagi effect glowingg😍😍😍

✅ Vitamin E, memudarkan parut, kurangkan kedut2 garis halus  dn halang kulit dri trbakar kene sinaran matahari 

✅Kaolin dpt serap lebihan minyak kt wajah

✅  Seed oil, bagi kulit lmbap kurangkan grisan halus






MIRACLE TWO WAY CAKE with Jojoba Oil

 

 


Muka berminyak?
Best kan kalau pakai pakai bedak yang ada foundation sekali❓

Boleh la cuba Two Way Cake

- TWC Nurraysa 😍
TWC Nurraysa full coverage sebab ada sekali foundation dan Marula oil yang membantu merawat dan juga meremajakan kulit.

Apa kelebihan Two Way Cake Nurraysa ni❓

➡️ 10x ganda kemasan yang gebu dan halus
➡️ 2 dalam 1, gabungan foundation dan powder
➡️ Tidak berminyak ❌
➡️ Mudah digunakan
➡️ Kemasan ringan dan tidak bercapuk
➡️ Tahan lama
➡️ Bebas silikon ❌
➡️ SPF15
➡️ Menutup cela dan parut
➡️ Membantu masalah kulit wajah




Bedak macam ni disukai yg berumur 40 lebih keatas

 



Biasanya bedak macam ni disukai yg berumur 40 lebih keatas sebab tak suka guna foundation . Nak ringkas ringkas aje bila keluar .


Cuma kalau bedak macam ini tak sesuai utk kulit kering . Nanti nampak bersisik . 

Jika nak guna juga tak boleh skip prep muka , paling sikit pon moisturizer . 


#twowaycake


BERHENTI UNTUK BERJAYA

 BERHENTI UNTUK BERJAYA 


1. Nak berjaya, kena buat. Buat, buat, buat.


2. Itu yang ditanam dalam fikiran kita sejak kecil. 


3. Kita tidak dilatih bagaimana untuk “berhenti” jika nak berjaya.


4. Apa yang kita kena berhenti jika kita nak berjaya?


5. Pertama, berhenti tak percaya kepada kemampuan diri sendiri. Kita tak gagal kerana orang tak percaya kita. Kita akan gagal apabila kita sendiri tak percaya kepada diri kita.


6. Kedua, berhenti lari dari masalah dan cabaran. Memang mudah kata “esoklah saya buat.” Hakikatnya, esok tak pernah datang.


7. Ketiga, berhenti berfikir kita tidak ada pilihan. Usah anggap kita mangsa keadaan. Usah bataskan kemampuan kita menerokai pelbagai alternatif.


8. Keempat, berhenti buat benda yang sama dan mengharapkan hasil yang berbeza. Kalau kita baling bola hitam ke dinding, bola hitam jugalah yang akan melantun balik. Bola itu tak akan jadi putih. Ubah.


9. Kelima, berhenti mengharapkan semua benda jadi dengan sendiri. Kalau nak, berusaha dapatkan apa yang kita mahu. 


10. Dan keenam, berhenti berikan jawapan “YA” kepada semua perkara. Apabila kita kata “YA,” kita menutup peluang untuk berkata “TIDAK.” Nak dapatkan apa yang kita nak, kita kena belajar untuk berkata “TIDAK.”


10 TIPS BINA PERSONAL BRANDING BISNES KECIL DI FACEBOOK

 10 TIPS BINA PERSONAL BRANDING BISNES KECIL DI FACEBOOK


1. Sebagai usahawan, kitalah duta bisnes kecil kita. Pelanggan menilai nama kita sama seperti nama bisnes kita. Maka, pastikan nama kita sentiasa baik pada mata pelanggan.


2. Gunakan nama penuh dan gambar sebenar di profil Facebook peribadi kita. Orang lebih percaya. Pelanggan suka berurusan dengan orang yang mereka kenali dan percayai.


3. Fikir yang baik-baik, bercakap yang baik-baik dan tulis yang baik-baik di Facebook kita. Pelanggan suka berurusan dengan usahawan yang baik-baik.


4. Usah kata "Ini Facebook aku, ikut suka akulah nak tulis apa pun." Apabila usahawan ber-Facebook, kita berusaha membina persepsi positif kepada jenama diri dan bisnes kita. Dari persepsi baik ini, kita buat jualan.


5. Elakkan mengkritik, menegur atau bercakap mengenai pelanggan sama ada secara langsung atau berkias di Facebook. Usah perli mereka. Pelanggan tak suka. Bakal pelanggan tak suka. Kalau kita berterusan buat begitu, orang lari dari bisnes kita.


6. Pelihara privasi pelanggan. Usah upload gambar rumah, kereta, nama atau gambar pelanggan sebelum meminta izin mereka. Kalau boleh, mintalah izin bertulis, sekurang-kurangnya melalui WhatsApp.


7. Sekiranya pelanggan mengkritik kita secara terbuka di Facebook, usah berbalah. Elok berbincang dengan dia di luar media sosial. Bakal pelanggan tak suka berurusan dengan usahawan yang dilihat suka bertelingkah. Kalah berbalah di Facebook tak mengapa, asalkan kita boleh buat jualan dan dapat pembeli.


8. Gunakan panggilan yang baik di media sosial, walaupun dengan kawan rapat. Contoh, gunakan panggilan Tuan atau Puan. Saudara atau Saudari. Elakkan ber-awak atau ber-you dengan orang yang lebih tua dari kita.


9. Orang yang menulis menggunakan ejaan penuh dengan tatabahasa yang betul kelihatan lebih pandai berbanding org yg menulis scr rngkas. Awk fhm tk?


10. Buat posting yang orang suka baca dan suka share di media sosial. Tulisan yang pelanggan share lebih bernilai berbanding iklan berbayar. 82% pengguna beli apa yang kawan-kawan mereka cadangkan.


- Norizan Bin Sharif


Satu Jam tetapi ada dua nilai - RM5 Dan Sejuta Ringgit


Seorang lelaki sebelum beliau meninggal dunia, berkata kepada anaknya,"Jam ini datuk kamu beri kepada ayah dan berumur lebih 200 tahun. Sebelum ayah beri kepada kamu, sila ke kedai jam di Jalan Utama dan beritahu kepada tauke tu yang kamu mahu jual jam itu dan tanya berapa harga yang tauke itu boleh tawarkan".

Lalu si anak pun pergi. Selepas beberapa minit, dia pun kembali kepada ayahnya dan berkata, "Tauke itu hanya tawarkan RM5 sahaja sebab jam itu sudah lama dan banyak calar". 

Kemudian, ayah menyuruh anaknya ke kedai kopi pula. 

Si anak pun ke kedai kopi itu dan selang beberapa jam, dia kembali dan berkata:"Tauke kedai tu dapat tawarkan RM5, ayah".

Kemudian ayahnya berkata, "Pergilah ke muzium dan tunjukkanlah jam tersebut". 

Lalu si anak pun ke muzium dan balik bertemu ayahnya dengan hati yang gembira dan berkata kepada ayahnya, "Mereka tawarkan jam ini dengan harga sejuta ringgit!"

Ayahnya seraya berkata," Ayah hanya mahu kamu tahu, apabila engkau berada di tempat yang betul, engkau akan dinilai dengan baik dan adil. Oleh itu, jangan sesekali letakkan diri kamu di tempat yang salah kerana di situ kamu akan dilayan seperti sampah. Hanya mereka yang tahu menghargai kamu sahaja akan tahu bahawa kamu seorang yang bernilai. Ingat, jangan biarkan diri kamu terlalu lama di tempat yang tidak pernah menghargai kamu meskipun kamu telah sentiasa melakukan yang terbaik.


 

Kenapa kita kena iklan di FB GROUP?

 Kenapa kita kena iklan di FB GROUP?


✅ sebab friends kita kat fb personal tak ramai.


✅ engagement lebih tinggi berbanding FB personal.


✅ closing rate tinggi.


✅ Lebih ramai orang tengok posting kita dan bila ramai komen, posting kita akan sentiasa berada diatas.


✅ orang yang tengok posting kita berbeza beza, jadi kena join pelbagai FB group.


Bagaimana nak dapat UNTUNG BERSIH ?

 Bagaimana nak dapat UNTUNG BERSIH ?


SOALAN DIA BAGAIMANA NAK DAPAT UNTUNG BERSIH RM250 SEHARI?

Jika kita mendapat keuntungan bersih 25%  ini bermakna setiap RM100, anda mendapat RM25


BERAPA JUMLAH PELANGGAN?

So, kita perlukan minima 10 pelanggan yang membuat pembayaran bernilai RM100 bagi setiap order.. Supaya kita ada untung bersih RM250 sehari


BAGAIMANA NAK DAPAT 10 PELANGGAN SEHARI?

Biasanya hanya 10% ke 20% prospek akan bertukar jadi pelanggan. Maka, untuk dapat 10 pelanggan sehari, kita perlu ada minimum 15-58 prospek iaitu senarai no telefon prospek yang berminat dengan produk kita atau servis kita.


DIMANA NAK DAPAT 15 ke 50 prospek baru setiap hari?

Maka, disinilah juga pentingnya ILMU MARKETING.

JADI, dari sini datangnya KPI atau apakah PENCAPAIAN yang wajib kita usahakan untuk capai setiap hari.

KPI ni wajib dimonitor setiap minggu.


Contoh :


KPI untuk kita sebagai usahawan yang nak dapat untung bersih RM5000 sebulan ialah:


- Setiap hari kita mesti dapatkan 15-30 bakal prospek baru.. Mesti ada nama, no telefon atau add friend di facebook atau media sosial.. Dalam dunia bisnes ada 3 sahaja data penting wajib kita ada iaitu nama penuh, no telefon dan email.


- apa sahaja kaedah marketing yang kita gunakan kita mesti ada setiap hari 15 ke 30 bakal pelanggan yang berminat dengan mana-mana produk kita atau servis kita.. Pastikan kita simpan database di tempat yang selamat dan boleh diakses pada bila-bila masa.. Contoh Save No Telefon, simpan dalan file excel atau simpan dalam google contact atau simpan database dalam website.


- setiap hari juga kita perlu buat kerja-kerja CLOSING dan FOLLOW UP untuk memastikan daripada semua database yang ada, minimum 10 orang membuat pembelian bernilai RM100 dan ke atas.. galakkan pelanggan ambik pakej atau beli dalam kuantiti yang banyak.


#NoritaHamid

#TeamNoritaJelitawan

#TNJ_Avengers

#BuatSampaiJadi

#YaAllahPandanglahKami


BAGAIMANA MENJALANKAN KEMPEN MARKETING

 BAGAIMANA MENJALANKAN KEMPEN MARKETING


Apabila kita mengeluarkan produk baru, orang tidak tahu pun bahawa produk kita itu sudah berada dalam pasaran.


Macam mana kita mahu buat supaya orang tahu dan orang mahu membeli produk kita itu?


Caranya, kempen marketing kita mestilah dijalankan sesuai dengan perjalanan customer.

.


FASA 1: Attract


Kita mesti tarik perhatian orang kepada produk kita. Sebagai contoh, kita buat iklan yang sangat menarik.


Iklan itu sangat menarik mata orang, sampai orang mahu pandang iklan kita itu. 


Buat kempen bagi menarik perhatian orang. 


Orang mesti perasan iklan kita wujud. Baru ada peluang orang perasan produk kita wujud.


Ibarat kita mengail, ikan mesti nampak umpan kita, dan mahu pandang umpan kita.


Andainya kita membuka gerai, orang yang lalu-lalang di depan gerai kita mesti perasan gerai kita wujud. 


Paling kurang mereka mesti mahu menoleh ke arah gerai kita, mahu tengok gerai kita walaupun dari jauh saja.

.


FASA 2: Capture


Dalam fasa ini kita jalankan kempen supaya orang yang sudah tahu produk kita itu wujud supaya mereka berminat dengan produk kita.


Selepas orang terpandang iklan kita, apakah mereka berminat dengan produk yang diiklankan itu?


Jangan-jangan walaupun ikan sudah nampak umpan kita, tapi ikan itu tidak berminat hendak memakan upan itu. Dia terus berenang pergi.


Kempen dalam fasa ini mesti membuat ikan itu datang kepada umpan kita. 


Dalam fasa ini orang yang lalu di depan gerai kita itu mahu berhenti, tengok apa dalam gerai kita, dan akhirnya dia mahu masuk ke dalam gerai kita.


Dia mahu masuk gerai kita dulu. Dia belum mahu membeli. 


Andai masuk gerai kita pun dia tidak mahu, macam mana kita mahu pujuk dia supaya mahu membeli?

.


FASA 3: Nurture


Buat kempen supaya mereka mahu tahu lebih banyak tentang produk kita.


Apabila orang sudah mahu masuk ke dalam gerai kita, barulah kita mula membuat supaya mereka mahu tengok-tengok produk kita.


Mereka mahu pegang-pegang produk itu, sambil dia bertanya itu ini, kerana mereka mahu tahu lebih banyak tentang produk kita.


Andainya mereka masuk gerai kita, tetapi kemudian keluar semula, bermakna perjalanan customer cuma sampai setakat itu saja. Tidak berlaku pembelian.

.


FASA 4: Convert


Dalam fasa ini kita buat kempen supaya mereka mahu beli dan mahu cuba produk kita. 


Setakat orang berminat kepada produk kita, itu tidak cukup. 


Selagi orang tidak membeli, kempen marketing kita belum mencapai objektifnya. 


Dalam fasa ini mereka itu sudah berminat. Mereka itu peminat. 


Kita mesti dapat ubah peminat sampai menjadi pembeli.


Kita mesti pujuk supaya mereka mahu mencuba dulu. Tujuan kempen dalam fasa ini ini adalah memujuk mereka membeli dengan tujuan untuk mencuba saja.

.


FASA 5: Expand


Untuk mereka yang sudah membeli, kita mesti buat kempen supaya mereka terus ingat dan terus membeli lagi dan lagi.


Selepas mereka sudah mencuba produk kita, sudah berpuas hati dengan kualiti produk kita itu, kita mesti jalankan kempen yang tujuannya adalah mengingatkan mereka, supaya tidak melupakan produk kita, dan akan berulang-ulang kali membeli.


Kita juga mahu supaya mereka bercerita dan memberitahu orang-orang lain berkenaan produk kita itu


Kempen jenis inilah yang kita tidak boleh berhenti menjalankannya. 


Apabila kita berhenti, orang pun lupa. 


Apabila mereka lupa produk kita, mereka beli produk orang lain.


.


KENAPA KENA REKOD AKAUN BISNES


[KENAPA KENA REKOD AKAUN BISNES]


Kita tak rekod sebab sales kita ciput, kita tak rekod sebab, kita rasa tiada faedahnya untuk kita rekod, semua dalam kepala bro πŸ˜…


Kalau anda buat bisnes sekadar suka-suka dan bukan untuk tingkatkan taraf hidup, boleh scrol laju-laju


Tapi kalau anda buat bisnes sebab inilah mata pencarian “aku sekeluarga”, tarik nafas dan scrol dan baca pelan-pelan


πŸ”Ž ELAK KESILAPAN


Kalau klien saya tidak merekod, dia takkan sedar yang dia telah bayar staff dia lebih satu angka. Sepatutnya RM1500. Dia bayar RM15000


πŸ”Ž HILANG PELUANG


Kalau klien saya bertangguh untuk mula ambil khidmat akaun, beliau tak mungkin dapat pelbagai geran dan peluang menang award untuk ikon usahawan baru-baru ini 


πŸ”Ž LOAN LULUS


Kerana mula rekod akaun, loan rumah beliau lulus. Dia belajar merekod di Amani Academy, walaupun rasa alien tapi dia teruskan jugak


πŸ”Ž KETENANGAN FIKIRAN


Nasib baik beliau settle “Pengakuan Sukarela”  10 tahun. Habis jer tempoh, terus dapat call dari Officer LHDN untuk audit. Selamba dia jawab “Bukan takde audit ke?”. Officer jawab “Okay-2. Pastikan tahun depan submit ye"


Credit: Lead Accounting Coach 

Hazwani Abd Hamid


KENAPA ORANG BERJAYA ITU BERJAYA

 [KENAPA ORANG BERJAYA ITU BERJAYA ]


1⃣ Sikap dia berbeza. Orang berjaya dia tak suka komplen. Tak macam orang gagal. Semua nak komplen.. "Apa la tak ada parking", "Apa la tak ada makan?" " Apa la pen kertas pun tak bagi" dan banyak lagi. 


Orang gagal sibuk kira benda yang tak jadi. Mentaliti dia berbeza. Sikap dia berbeza. Kesabaran dia berbeza. 

Orang nak berjaya tak suka duduk saja. Walaupun dia tak ada kerja, dia cari kerja. 


2⃣ Orang berjaya pantas buat keputusan, pantas buat tindakan. Dia nak, dia buat.. dia usaha.Tak pikir pun macamana nak jadi. Nak nampak jadi buat je dulu. Ada orang pikir langit dan bumi, tapi orang berjaya buat je dulu, dia tau Allah akan uruskan seterusnya. 


3⃣ Mereka sanggup berkorban masa untuk kejayaan mereka. Invest wang, tenaga dan masa. 


4⃣ Mereka bina networking yang bagus. Maksud networking: Anda adalah siapa kawan anda. Siapa nak hidup berubah? Upgrade kawan. Siapa kawan kita itu la menentukan hala tuju kita.


5⃣ Mereka dah buat keputusan dari awal yang mereka nak berjaya. Tak percaya? Pegi tanya mereka yang berjaya. 


6⃣ Mereka berkawan dengan orang yang betul.


7⃣ Mereka tidak bertangguh. Fast action fast result. Kepantasan membuat keputusan boleh mempengaruhi keputusan dalam organisasi dia. Kalau sikap kita lembap, agaknya bila perancangan kita dapat dilaksanakan...  ? 


8⃣ Orang berjaya tidak menghiraukan kritikan orang lain terhadap dia. Orang gagal sibuk melayan apa orang cakap. 


9⃣ Fokus - Fokus 1 masalah pada 1 masa. Di mana ada masalah, di situ ada peluang. Di mana ada peluang, di situ ada ruang. Di mana ada ruang, di situ ada kekayaan & kejayaan. 


πŸ”Ÿ Mereka konsisten, persisten & resilient. Persistent, tak mudah putus asa. Dan dia tak cepat merasa puas hati dgn pencapaian mereka. Matlamat & Niat mereka lebih besar dan murni. Bukan shj mencipta kejayaan diri sendiri semata2. Tetapi membantu dan berkhidmat kepada lebih ramai org. 


The law of Universe mengatakan


πŸ”ΈThe more You Give, the more you get back


πŸ”Άwhat you give is what you get back



Permulaan Membuka Kedai Nurraysa

 Hai.. Assalamualaikum.. Salam Sejahtera.. Alhamdulillah.. pada 30 Mei 2023 bermulanya saya dapat Kunci kedai dan memulakan Bisnes dengan ad...